Cara Menangani Anak Mengamuk (Throwing Tantrums)

Ramai yang kagum apabila mendapati Afiah bangun tidur tanpa menangis atau menjerit-jerit.

Afiah cuma bangun, lihat sekeliling dan panggil abah atau mommy..

Dan dia akan menunggu dengan sabar sehingga kami datang.

Jika terlalu lama, akhirnya dia akan bangun sendiri.

Hakikatnya tidak sepanjang masa Afiah begitu.

Ada ketikanya, Afiah mengamuk juga.

image

See?

Ini berlaku bangun tidur..

Puncanya?

Excited main ngan cousin smpi pukul 2 ke 3 pagi…

Jadi dlm tidur pun mimpi main agaknya..

Menangis meraung dalam tidur..

Bila sedar, masih lg camtu..

Apa yang saya lakukan?

Mulanya saya akan peluk.. walau ditendang ditolak.. tetap cuba peluk..

Kalau lepas 2 minit, masih sama keadaannya..

Saya akan lepaskan dan pura2 pusing ke arah lain dan x peduli..

Biasanya tangisan akan semakin kuat..

Lepas seminit, saya akan pusing balik ke Afiah dan tanya jika dia mahu dipeluk..

Biasanya dia akan menolak..

Jadi saya akan pusing ke arah lain semula dan melakukan kerja lain..

Lepas seminit saya akan tanya lagi jika Afiah mahu dipeluk..

Perkara ni diulang2 sehingga Afiah sendiri memilih untuk memeluk saya..

Jarang sekali berlanjutan lama.. biasanya kali kedua atau ketiga, Afiah sendiri memilih utk memeluk mommy..

Sebaik dipeluk, dia sudah lupapun kenapa dia mengamuk awal tadi..

Cubalah teknik ini untuk menenangkan ansk yang mengamuk.. regardless of age..

Selamat mencuba dan kongsikan dengan kami bagaimana anda melakukannya…

0 comments

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes