Hari ini saya kongsikan panduan mengajar anak membaca di rumah untuk Minggu 1. Dalam video ini saya menggunakan rancangan mengajar untuk anak 4 tahun. Rancangan mengajar ini boleh diperolehi dalam Buku Rancangan Mengajar Bacalah Anakku. Harga buku ini cuma RM10 sahaja. Boleh WhatsApps Puan Aini 0173891909 atau Cikgu Azleen 0173329298…
-
-
Isyraq, cari apa? Begitulah lebih kurang dialognya bila nampak anak lelaki yang seorang ini sudah mula membuat siasatan ke dalam pantri mommy. Siap berdiri masuk ke dalam almari pantri ini. Dibelek satu persatu barang yang boleh dicapainya. Habis atas bawah kiri kanan. Ambil, belek dan letak. Ambil, belek dan letak.…
-
Kali ini saya cuba perlahan-lahan mengubah semula gaya kehidupan saya. Saya mulakan dengan memasukkan habit-habit baru ke dalam kehidupan saya. Satu habit diamalkan selama 2 minggu. Habit pertama pilihan saya adalah minum air sebanyak 2 gelas 20 minit sebelum makan. Setakat enam hari ini, habit ini berjaya diamalkan untuk sarapan.…
-
-
Saya ingin hidup lebih sihat. Jadi, sekarang ini saya sertai cabaran stailoo. Habit pertama yang saya cuba cipta adalah minum air 2 gelas 20 minit sebelum makan. Hari ini adalah hari ketiga saya melaksanakan habit ini. Setakat semalam, saya berjaya 50-50. Pada waktu pagi dan makan tengah hari berjaya buat.…
-
Majlis Penyampaian Sijil Tamat Baca dan Hadiah Program Bacalah Anakku dan ReadEasy Beginner Level telah diadakan pada Sabtu, 2hb Disember 2017. Majlis diadakan di Wisma Pelaut Pasir Gudang sempena Seminar Ajar Anak Menulis dan Membaca di Awal Usia. Majlis meraikan 11 anak-anak menamatkan Program Bacalah Anakku dan 5 anak-anak menamatkan…
-
Angah tamat buku 2 Bacalah Anakku hari ini. Bukan main bangga Angah. Berulang kali cakap nak bawa balik buku ini tunjuk pada abah Ismail Bin Yahya. Yalah Angah, balik tunjuk abah Angah baca ya. Angah belajar ikut-ikut sahaja. Tempias dari kakak-kakak dan abang-abang yang belajar dari grup Intensif Membaca Cuti…
-
-
-
Hari itu bila saya tanya antara membaca dan menulis yang mana perlu dibuat dahulu, ramai yang jawab membaca. Saya pun berpendapat begitu. Membaca itu memasukkan info manakala menulis itu mengeluarkan kembali info. Jika tiada info yang dimasukkan, bagaimana mahu ada info yang keluar? Jadi, bila saya terbaca tulisan seorang terapis…
-
-
Masa kelas kat rumah baru Whiztots Cepat Membaca nak main dam tapi dadu semua tertinggal di rumah sendiri. Jadi, Afiah beri cadangan buat dadu dengan playdoh. Mommy suruh dia buat. Taa daa. Terhasillah dadu buatan tangan Afiah. Tidak boleh dibaling kuat-kuat. Boleh golek sahaja. Bagus juga, sesekali ajar anak-anak mengawal…