Kursus, Seminar, Bengkel

Taklimat Santai Fonik Untuk Ibu Bapa dan Waris Murid LINUS SK Kangkar Pulai 2

Alhamdulillah, dapat juga penuhi undangan dari SK Kangkar Pulai 2 untuk menjalankan Taklimat Santai Fonik untuk Ibu Bapa dan Waris Murid LiNUS.

Taklimat yang berlangsung selama hampir 2 jam ini telah berkongsi tips-tips mengajar anak membaca awal di rumah, kesedaran bagaimana kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku dapat membantu anak belajar membaca dengan lebih cepat, mudah dan seronok.

Selain itu, ibu bapa juga ditunjukkan bagaimana membuat bahan bantu belajar yang murah, mudah dan cepat.

Selepas taklimat, Bengkel Fonik untuk murid LINUS telah dijalankan selama 1 jam.

Dalam bengkel ini, murid diajar menyebut bunyi vokal, membuat aktiviti-aktiviti mengingat bunyi dan bentuk huruf.

Kalau dalam perancangan sebenarnya nak ajar juga cara gabung bunyi.

Tetapi oleh kerana bengkel bermula agak lewat, saya pula berkejaran nak balik ke Pasir Gudang kerana ada urusan lain, saya cuma sempat demo cara gabung bunyi.

Diharapkan perkongsian pendek ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang hadir.

Boleh lihat gambar-gambar di album facebook saya https://www.facebook.com/cikguazleen79/posts/10211834606433164

Leave a Reply