• Homeschooling

    Melatih Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Seawal Usia

    Mari sambung kisah botol susu yang diterbalikkan.

    Selepas lihat Azmina terbalikkan botol susu, dan susu pun tis tis tis menitis di atas lantai.

    Azmina senyum gembira. Afiah melopong, barangkali kagum dengan corak-corak yang terhasil oleh susu di atas lantai.

    Mommy pun berkata dengan penuh kasih sayang, “Susu dah tumpah ni angah. Lantai basah. Nak buat macam mana?”

    Azmina pandang muka mommy dan senyum. “Uuu.” Terjemahan –> Tak tahu.

    Mommy pun pandang Afiah. Afiah sengih.

    “Bukan kakak yang buat.”

    Dia ingat mommy nak marah agaknya.

    Begitulah kawan-kawan. Dalam kebanyakan situasi, biasanya mommy akan marah dan membebel.

    Kemudian terus suruh Azmina atau Afiah ambil kain untuk mengelap susu yang telah tumpah.

    Tapi, kata nak melatih pemikiran aras tinggi (KBAT). Bagaimana?

    1. Tanya kepada anak, apa yang telah berlaku. Reaksi susu di atas lantai. Tumpah – basah – kotor.

    2. Tanya anak apa yang hendak dilakukan sekarang. Kita akan terpukau dengan banyaknya jawapan yang mereka akan beri.

    Ada anak yang akan mengelapnya dengan tangan, dengan baju sendiri, dengan tisu, dengan kain lap dapur. Dan lebih hebat mungkin ada yang akan kata, “Biar sahajalah mommy. Nanti kena kipas, lama-lama ia akan kering.”

    Nampak, untuk menyelesaikan masalah susu tumpah di atas lantai, ada banyak penyelesaian.

    Tapi kita cenderung untuk terus memberi penyelesaian kepada masalah tersebut.

    “Kakak, pergi ambil kain lap kat dapur. Kemudian lap susu yang tumpah ini.”

    Selesai masalah.

    Cuma pemikiran anak tidak berkembang. Tidak berlaku pemikiran kreatif dan kritis. Tidak mampu menyelesaikan masalah. Tidak mahu berfikir kerana telah terbiasa adanya mommy yang memberi jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul.

    Jadi kawan-kawan, apabila anak melakukan sesuatu perkara apa kata kita beri mereka ruang dan peluang untuk berfikir menyelesaikan perkara tersebut.

    Bersabarlah menunggu mereka berfikir dan sel-sel otak berhubung. Kita akan takjub dengan hebatnya kemampuan mereka menyelesaikan masalah.

    Mulakan dari 0 ke 6 tahun. Barulah KBAT di usia 7 tahun ke atas.

    PLAY DOES WORK!

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

    Kupasan ilmu dari FROEBELSS Kuantan 2017.

  • Tips Parenting

    Eksperimen Tumpahkan Susu – Jangan Marah Dahulu

    Hari itu Azmina ambil botol susunya dan terbalikkan. Sambil melihat air susunya menitis ke bawah. Dia senyum tanda gembira.

    Afiah pun jerit, “Mommy, angah kan tumpahkan susu.”

    Mommy pun cakap, “Angah, susu dah tumpah. Macamana ni?”

    Azmina cuma sengih dan balas, “Uuu, ngah ngok je”. Terjemahan –> Tak tahu, angah tengok sahaja.

    Dalam seminar Froebel tempoh hari di Kuantan, Doktor Masturah ada beri penerangan terperinci tentang tingkah laku ini.

    1. Bila mommy buat susu dan kocak depan angah, kadang-kadang ada percikan susu keluar. Angah melihat dengan penuh takjub.

    2. Bila angah dapat botol susu dan minum secukup untuk dia kenyang dan memulakan eksperimen. Dia kocak juga. Tapi tiada lagi percikan susu. Mungkin kerana salah cara mengocak ataupun kerana suhu susu telah turun maka tiada lagi tekanan untuk mengeluarkan percikan susu.

    3. Angah merasa dia perlu berusaha untuk mengeluarkan susu dari botolnya. Jadi dia teruskan eksperimen dengan menonggengkan botol tersebut. Taa daa, susu jatuh akhirnya. Eksperimen berjaya.

    Selalunya, mommy akan akhiri eksperimen tersebut dengan jeritan atau marah, “Angah, kenapa buat macam ni. Kan susu dah tumpah. Dah kotor.” Dan bla bla bla. Bebelan demi bebelan.

    Apabila kita buat begitu (marah dan membebel) kita telah memberikan tekanan kepada otak anak dan juga menghentikan sel-sel otak yang sedang cuba membuat hubungan.

    Hubungan terhenti. Eksperimen tidak lengkap.

    Kawan-kawan, apa kata mulai hari ini kita beri peluang anak untuk bermain lebih sedikit.

    Air susu sahaja pun. Kotor sedikit sahaja pun. Boleh dilap, dibersihkan ataupun boleh dibeli baru.

    Berbanding dengan terjalinnya hubungan antara sel-sel otak anak yang sedang belajar. Yang akhirnya membolehkan anak mencapai kemahiran berfikir aras tinggi atau singkatannya KBAT.

    Cuba ingat semula zaman kanak-kanak kita. Penuh dengan bermain. Tunaikan hak anak untuk bermain juga.

    PLAY DOES WORK!

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Tips Parenting

    Mendidik Anak 0-6 Tahun Cara Span

    Hari tu, sedang saya syok-syok duduk sahaja, Afiah tanya,

    “Mommy, 2 tambah 2 tambah 2 tambah 2 jadi 8 kan?”

    “Ya, betul. Jadi 8. Pandai kakak kira.”

    Diam sesaat.

    “Erm, 2 kalau 4 kali jadi 8.” Afiah membebel sendirian tetapi saya boleh dengar.

    “Ya kakak, 4 kali 2 sama dengan 8.”

    “4 kali 2 sama dengan 8?”

    “Ya, 4 kali 2 sama dengan 8.”

    Afiah diam. Saya pun diam.

    Menunggu informasi tersebut meresap ke dalam akalnya. Barangkali jika saya ada fMRI tentu seronok melihat bagaimana sel-sel otaknya sedang berhubung dan membina hubungan-hubungan baru.

    “4 kali 2 sama dengan 8. 5 kali 2 sama dengan 10?”

    “Ya, 5 kali 2 sama dengan 10. Kalau 6 kali 2?”

    “6 kali 2 sama dengan 12. 7 kali 2 sama dengan 14.”

    Dan yang seterusnya kalian sudah boleh agak.

    Ya, mengajar anak sendiri akan jadi susah jika kalian membayangkan diri kalian menjadi guru dalam kelas.

    Mahu suruh anak duduk di kerusi selama satu jam untuk melihat mommy membuat demo di hadapan.

    Mengajar anak di rumah tidak perlu buat demikian. Mengajar anak hanya perlukan sedikit kesabaran untuk menunggu sel-sel otaknya berhubung.

    Sebelum sel-sel otak itu boleh berhubung, pastikan informasi-informasi telah diberikan secukupnya.

    Umur 0 hingga 6 tahun adalah waktu di mana otaknya menyerap sahaja segala apa yang berlaku di sekelilingnya.

    Otaknya macam span. Serap dan serap. Lebih hebat dari span Scotch and Brite kerana otaknya menyerap tanpa batasan.

    Kerana itu, dalam usia 0 hingga 6 tahun:

    1. Dedahkan anak dengan sebanyak mungkin perkara. Bawa anak berjalan dan mengembara.

    Tidak perlu ke tempat yang mahal-mahal macam Legoland atau KidZania. Tempat seperti Zoo Johor yang bayarannya cuma RM5 itu sahaja pun akan memberi banyak input buat otak anak.

    Tapi haruslah kalian pergi dengan bercerita dan memberi fokus padanya.

    1. Berhati-hati dengan apa yang kalian ucapkan pada anak. Ucap yang baik-baik sahaja. Dengan nada yang lembut-lembut sahaja. Muka yang manis-manis ibarat kuih seri muka baru dikukus.

    Tapi kita ibu, ada masanya tidak dapat menahan perasaan. Jika ada kalanya terlepas kata sesuatu yang tidak baik, minta maaf dan peluklah dia.

    Katakan, “Maafkan mommy, tadi mommy gagal menahan perasaan. Maafkan mommy kerana tengking kakak.”

    Kerana apa yang kita lakukan dan ucapkan akan tertanam juga dalam mindanya sehingga dewasa. Jika dibiar lama akan terpendam. Sukar dipadam.

    Mudahkan mendidik anak di rumah. InsyaAllah.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

    Sedikit kupasan ilmu dari #froebelss2017

  • Kelas Membaca

    Pendaftaran Kelas Cepat Membaca

    Pendaftaran kelas membaca dibuka untuk 12 pelajar sahaja. Boleh berusia dari 4 tahun dan ke atas. Asalkan belum boleh membaca atau membaca merangkak-rangkak tidak lancar, boleh daftar.

    Kelas diadakan 3 kali seminggu iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Tempoh setiap kelas cuma 45 minit sahaja. Pendek tetapi padat dengan aktiviti bermain sambil belajar.

    Ada dua masa yang dibuka iaitu 8 malam dan 9 malam. Tapi kalian tidak dibenarkan memilih kerana saya yang akan tentukan mengikut kesesuaian anak kalian dalam kumpulan. Tidak sesuailah kalau kita nak bagi anak 4 tahun belajar dengan yang 9 tahun kan.

    Untuk anak-anak yang telah bersedia untuk belajar, maknanya sudah boleh faham arahan, sudah boleh pegang pensel, sudah boleh menggunting, dan juga tiada masalah pembelajaran, saya sasarkan dalam 48 sesi bersemuka sudah boleh tamatkan kelas membaca ini, InsyaAllah.

    Sebabnya mereka pasti boleh membaca apa sahaja bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia. Bila dah boleh baca, kita akan buat majlis meraikan kejayaan mereka. Dapat sijil dapat hadiah. Seronok kan!

    Yuran pendaftaran cuma RM50. Dibayar sekali sahaja. Manakala yuran buku, termasuklah buku bacaan, buku latihan dan sebagainya adalah RM90 sahaja. Juga dibayar sekali sahaja.

    Yuran bulanan untuk 12 kali kelas dalam sebulan, 45 minit setiap kali, adalah RM135 sahaja. Kalau kalian patuh panduan yang diberi, 4 bulan sahaja sudah cukup, InsyaAllah.

    Lokasi kelas adalah di No 1 Jalan Lampam 31 Taman Tanjung Puteri Resort Pasir Gudang Johor. Tak susah nak cari, guna waze sahaja pasti jumpa. Kelas tepi padang bola. Ada banyak bunting kelas membaca kat pagar.

    Buat pendaftaran secara online di

    https://tinyurl.com/y8mzrt8v

    https://tinyurl.com/y8mzrt8v

    https://tinyurl.com/y8mzrt8v

    Boleh juga Whatsapps ke

    0173329298

    0173329298

    0173329298

    Nor Azleen Abd Rahim

    #whiztots