skip to Main Content

Azmina Buat Rantaian Bunyi Buku 8

Setiap kali dalam kelas buat aktiviti apa pun, Angah mesti nak buat juga.

Kadang-kadang serba salah juga kerana Angah baru tiga tahun. Saya mahu dia main, main dan main.

Tapi dia memang suka main, main dan main. Kemudian suka juga baca buku, baca kad, main dam dan segala apa aktiviti jugalah. Pada dia itu semua bermain juga barangkali.

Kalau tidak diberi dia akan mengamuk dan menangis sepertimana kebiasaan anak yang tidak dapat gula-gula atau mainan atau handphone.

Tapi kalau tidak dapat gula-gula, mainan atau handphone tidak pula dia mengamuk sebegini.

Pening mommy fonik.

Hari ni sibuk nak buat rantaian bunyi buku 8 ni. Haishh! Habis kelas layankan sahaja kejap.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Setiap kali dalam kelas buat aktiviti apa pun, Angah mesti nak buat juga.Kadang-kadang serba salah juga kerana Angah…

Dikirim oleh Nor Azleen Abd Rahim pada Jumat, 20 Oktober 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *