Lain-lain

Susah

“Afiah hari-hari nak lukislah mommy. Tapi Afiah dah tak tahu nak lukis apa.”

Mommy kelip-kelip mata pandang Afiah yang sakan mengomel.

“Afiah lukislah apa yang Afiah nampak.”

“Haa?”

Giliran Afiah pula membulatkan mata memandang saya, tanda tidak faham.

“Lukis apa yang Afiah nampak.” Saya ulang sekali lagi.

Afiah masih memandang saya sambil kelopak matanya terkelip-kelip macam giginya yang dah bergoyang-goyang di hadapan tu.

“Contoh kalau Afiah duduk kat luar, Afiah pandang depan nampak apa. Itulah yang Afiah lukis. Kalau Afiah nampak padang, Afiah lukislah padang.”

“Ooooo” beriya-iya Afiah mengangguk-ngangguk macam burung kakak tua.

“Kalau nak lukis rumah ini pun boleh?”

“Boleh.”

“Oooo.” Lagi.

“Kalau Afiah duduk dalam bilik ini, Afiah lukis katil ini pun boleh?” Sambung Afiah sambil menggayakan tempat yang dia berhajat hendak duduk dalam bilik ini untuk melukis.

“ ya, boleh.”

“Tapi, susah. Afiah tidak pandai.” Raut wajahnya sedih.

“Afiah belum cuba lagi kan? Kalau belum cuba, mana Afiah tahu susah dan tidak pandai?”

“Betul juga kan.” Angguk lagi macam burung kakak tua.

“Afiah akan cuba dahulu, mommy”

Ya, itulah semangat yang mommy mahu.

Duhai anak, jangan biarkan sesiapapun memberitahumu bahawa engkau tidak mampu melakukan sesuatu perkara yang engkau hajati.

Jangan biarkan sesiapapun berkata begitu kepadamu, walaupun aku ibumu.

Itu janji saya pada Afiah sedari dia kecil.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Leave a Reply