Kisah Kejayaan

Tutor Cilik Fonik Bacalah Anakku

Semasa dalam kereta tadi, saya terdengar Afiah mengulang skrip mengajar fonik cuba mengajar Azmina. Dan Azmina pula respon bukan main beriya walhal dia dah tahu pun semua itu. Bekerjasama dua beradik ini.

Dari skrip awal, “Kakak nak ajar Angah satu bunyi, nak dengar tak?”

Sampailah kepada membuat asosiasi aksi.

Tak tahan saya lantas dalam gelap pun saya angkat juga telefon cuba merekod video permainan mereka.

Afiah tanya juga, “Mommy lepas ini nak ajar simbol kan?”

Macamana nak ajar simbol, tiada bawa kad dalam kereta. Lagipun hari malam, tidak nampak bagaimana nak tunjuk simbol.

Berakhirlah sesi mengajar setakat sampai menyanyi lagu Abu Ada Ayam sahaja.

Jadilah tutor cilik, tahun depan sudah boleh pergi training dengan ReadNetwork dan Maktok Nik Eliani Nik Nawi dan mula mengajar di Whiztots Cepat Membaca ya. Berapa gaji mahu? Hahaha.

Begitulah, tak susah pun sangat sebenarnya nak mengajar fonik ini. Anak kecil pun mampu buat.

Sebabnya segalanya telah disusun oleh pihak Read Network. Sampaikan skrip mengajar pun ada.

Itulah kenapa Afiah boleh tahu skrip-skrip ini kerana saban hari asyik mendengar mommy mengulang skrip yang sama. Cuma tukar bunyi sahaja.

Yang pentingnya, bila mahu mula mengajar fonik kena buka minda dan buka hati.

Terima fonik sepenuhnya. Ia telah dibuktikan secara sains neurologi bahawa bersesuaian dengan bagaimana otak berfungsi. Tidak memberikan tekanan tambahan yang tidak perlu kepada otak.

Berikan masa untuk anda menerima fonik ini sepenuhnya. Untuk skrip-skrip mengajar itu menjadi sebahagian dari diri anda, sehingga anda menjadi sangat selesa dengannya. Barulah ubahsuai skrip itu mengikut personaliti anda.

Kadang-kadang saya terasa mengajar fonik ini juga macam Multi-Level Marketing.

Do Not Re-Invent The Wheel! Just follow and do it.

Selepas sebati barulah sesuaikan dengan personaliti anda.

Selamat berfonik.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Leave a Reply