Mengajar Membaca

Aktiviti Membaca Untuk Anak 0 Hingga 2 Tahun

Malam tadi, waktu saya nak tidur suami beritahu yang ada parcel untuk saya dari Jalan Klang Lama. Puas saya fikir apa benda pula dari Jalan Klang Lama ni. Dah lama juga saya tak membeli barang secara online ni. Suami kata macam buku kot.

Teringat yang saya ada beli buku dari bookdepository bulan lepas yang masih belum sampai. Tapi selalunya bukunya dari luar negara. Itu yang makan masa sampai berbulan-bulan baru sampai (Free shipping).

Minta suami ambilkan nak tengok juga walau dah ready nak tidur dengan Isyraq. Tengok sampulnya sahaja ok sah dari bookdepository. Walau hati meronta-ronta nak tengok isinya tak apalah esok sahaja.

Elok pula lepas baring-baring 5 minitpun, Isyraq menendang sana menendang sini sambil menarik2 rambut saya, saya pun tak dapat nak tidur. Bangun angkat Isyraq beri kat suami. Apa lagi nak buat kalau tak pergi melihat buku yang baru sampai.

Bukunya diluar dari jangkaan saya. Saya sangkakan ianya adalah buku teknikal yang penuh dengan jargon sains neurologi yang akan membuat saya muntah nak baca. (Tapi tetap beli juga, pelikkan!)

Rupanya tidaklah sampai ke tahap itu. Ianya ditulis dalam bahasa yang mudah difahami (Bahasa Inggeris ya, masih dalam bahasa Inggeris). Tetapi mudah.

Pagi ini saya baru dapat baca sampai habis Chapter 1 tentang language development (Perkembangan bahasa pada bayi dari sejak lahir). Sungguh menarik (untuk saya, untuk kalian saya tak pasti).

Tapi dalam buku ini diterangkan secara terperinci bagaimana proses perkembangan bahasa itu berlaku kepada bayi. Ia juga menerangkan proses yang berlaku di dalam otak semasa perkembangan bahasa itu berjalan.

Ada banyak poin yang menarik, perkara-perkara yang tidak terjangkau dek akal kita, yang tidak pernah kita jangkakan. Tapi kalau nak tulis semua memang masaklah. Nanti tunggu saya hadam betul-betul. Yang pasti ada banyak poin yang akan saya kongsikan dalam Bengkel Parenting esok di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Bandar Serom, Muar.

Buku ini juga ada berikan senarai aktiviti yang boleh dan perlu dibuat untuk membantu anak belajar membaca awal. Nah, saya kongsikan 5 aktiviti yang boleh dibuat untuk anak berusia 0 hingga 2 tahun ya.

Aktiviti 1: Bercakap dengan anak. Jelaskan kepada anak apa yang anda mahu atau sedang lakukan. Contohnya “Ada 3 butang baju ni. Satu, dua, tiga.. dah siap.”

Aktiviti 2: Akui dan ulang semula bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh bayi.

Aktiviti 3: Tiru ekspressi wajah bayi dan lebih-lebihkan (overexaggerate). Contohnya main baa baa cak dan lebih-lebihkan wajah terkejut anda.

Aktiviti 4: Membaca lantang kepada bayi.

Aktiviti 5: Berikan bayi cermin untuk dia melihat mulutnya semasa membuat bunyi. Pastikan bayi melihat mulut ibu semasa ibu bercakap dengannya.

Dan pesanan hari ini adalah sila berhenti dari membaca facebook ini (atau sebarang aktiviti lain di telefon) semasa sedang menyusukan bayi anda. Bercakaplah dengannya sambil memandang mukanya dengan penuh kasih sayang. Barulah bonding!

Cukuplah untuk pagi ini, saya nak berkemas untuk ke Batu Pahat. Ada ibu yang bersungguh-sungguh mahu buat personal coaching dengan saya dari sejak bulan 4 tempoh hari tapi tak dapat datang ke Pasir Gudang. Kebetulan saya nak ke Muar esok, dapatlah saya membantu ibu ini belajar bagaimana nak mengajar anak sendiri membaca di rumah.

Selamat pagi dan semoga semua orang mengalami pagi yang seronok lagi berkat hari ini.

Azleen #cikgumommy

Leave a Reply