Belajar Membaca Dengan ReadEasy Boleh Baca Buku Lain Juga

Inilah yang saya kategorikan sebagai “independent reader” atau pembaca berdikari (?!).

Waktu kami ke Borders, Afiah nampak set buku Peter and Jane dari Ladybird ini. Set buku ini memang mudah didapati di mana-mana kedai buku.

Dulu mula-mula Afiah diajar membaca dengan buku Peter and Jane. Masa itu saya hantar Afiah ke pusat pengayaan.

Peter and Jane menggunakan kaedah whole word. Masa tu saya lihat cikgu yang mengajar mengimbas kad perkataan beberapa kali kepada Afiah.

Jadi semalam bila Afiah nampak buku Peter and Jane ini, dia berkata dengan sedih, “Tentu kawan-kawan Afiah yang belajar sama-sama dulu dah pandai baca buku ini.”

Sayapun berikan Afiah buku 3a dan suruh dia cuba baca dan dia pun baca.

Akhir sekali saya tanya, “Seronok tak pandai baca sekarang?”.

Afiah senyum lebar dan angguk, “I can’t believe I read it”.

Ini adalah kali pertama Afiah melihat isi kandungan buku Peter and Jane 3a.

Afiah diajar membaca menggunakan kaedah fonik gabung bunyi (synthetics phonics). Afiah telah tamat belajar Bacalah Anakku dan ReadEasy Beginner. Sekarang Afiah sedang belajar membaca ReadEasy Intermediate.

Afiah rasa macam nak bawa balik semua buku di Borders sebab dah boleh baca.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.