Habit Baru

Kali ini saya cuba perlahan-lahan mengubah semula gaya kehidupan saya. Saya mulakan dengan memasukkan habit-habit baru ke dalam kehidupan saya.

Satu habit diamalkan selama 2 minggu.

Habit pertama pilihan saya adalah minum air sebanyak 2 gelas 20 minit sebelum makan.

Setakat enam hari ini, habit ini berjaya diamalkan untuk sarapan.

Untuk waktu tengah hari sudah agak sukar kerana selalunya saya berebut-rebut dalam pada nak menyiapkan anak-anak, nak keluar ke kelas, menyiapkan diri sendiri dan macam-macam lagi.

Untuk waktu makan malam pula memang lagi kerap ke laut sebab saya selalunya bergantung kepada suami untuk membawa makan malam. Jadinya suami pula kerap sampai lewat dan saya terkejar-kejar untuk masuk ke kelas.

Jadi, pada minggu akan datang ini saya merancang untuk menyediakan makanan lebih awal pada hari cuti, dan pada hari bekerja saya akan memanaskan makanan sahaja atau menyediakan makanan mudah sahaja.

Hari ini cuti tetapi tidak sempat pula hendak menyediakan makanan.

Oh ya, saya rasa sebelum menyediakan makanan, saya perlu bermula dengan menu barangkali.

Jadi, esok saya akan sediakan menu untuk seminggu.

Sekian sahaja untuk hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *