Kantin Kita JB

Hari itu berpeluang juga melawat ke Kantin Kita yang selama ni dok kecur ayaq liur jer tengok kawan-kawan upload gambar-gambar makanan kedai ini.

Bukan apa, kedai ini berada di hujung sana dari lokasi rumah saya. Hihi. Itu yang bercinta nak ke sini.

Sampai-sampai di kedai nampak kakak kantin sedang goreng ayam. Bau ayam gorengnya menusuk kalbu, buat rasa nak order terus sebelum jumpa tempat duduk.

Antara menu rare kat sini adalah roti kampung. Katanya roti kampung itu macam roti john cuma sosnya ditukar dengan sambal tumis. Tapi tiada rezeki pula nak mencuba roti kampung malam itu sebab roti sudah habis.

Jadi saya pesan nasi goreng kampung bersama ayam goreng menusuk kalbu. Suami pesan nasi lemak kukus dengan ayam goreng juga.

Nasi goreng kampungnya memang kampung, tetapi tidaklah pedas. Tapi yang paling special adalah nasi lemaknya. Perghhh. Memang berlemak berkrim. Macam masak di rumah gitu.

Anak dara berdua itu sudah laju sahaja menuju ke sudut bermain. Tidak hiraukan mahu makan atau tidak. Jadi saya pesankan sahaja chicken chop RM8 untuk mereka.

Saya sangat sukakan sos chicken chop di sini. Gabungan lada hitam dan cendawannya sangat seimbang dan serasi. Saya sukakan hirisan kasar saladnya tetapi terlalu banyak mayonis untuk saya.

Air pula kami pesan jus lemon special yang selalu ditayang gambarnya. Sungguh segar dengan hirisan timun, epal hijau dan strawberi.

Kemudian kami pesan teh float. Nah, yang ini teh tarik bersama ais krim.

Istimewanya minuman disini rasa manisnya sesedap rasa. Manis-manis buah sahaja. Siap order tambahan jus lemon special kerana tidak cukup minum satu sahaja.

Saya nampak bila orang order barulah buah itu dihiris, jadi memang segar rasanya. Tetapi tidaklah terlalu lama menunggu pesanan.

Perkara yang paling saya gemari adalah portion makanannya yang sesuai. Tidak berlebih-lebihan. Macam Kevin Zahri kata segenggam gitu. Memang cun untuk yang mahu membuat cheat meal.

Lokasi Kantin Kita ada dalam gambar ya.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Tu tempat orang buat jus lemon sedap!

Alamat Kantin Kita JB

22 Jalan Kebudayaan 1 Taman Universiti

Teh tarik float dan jus lemon special. Jus lemon RM4.50. Teh tarik saya tak ingat berapa ringgit.

Nasi lemak ayam kukus berkrim. Sedap giler. Tak ingat juga berapa RM.

Nasi goreng kampung dengan ayam goreng menusuk kalbu. Nasi goreng RM6 tidak termasuk ayam.

Chicken chop RM8. Ada juga chicken chop RM6 di sini.

Ruang bermain untuk anak-anak. Kecil sahaja tetapi cukup mengasyikkan untuk mereka.

Ambil gambar dengan kakak kantin Shaukat Sheera, semoga dapat kekalkan kesedapan makanan di sini. Minta resepi air lemon tu. hihi. Sedap best segar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *