Membaca vs Menulis – Yang Mana Dulu?

Hari itu bila saya tanya antara membaca dan menulis yang mana perlu dibuat dahulu, ramai yang jawab membaca.

Saya pun berpendapat begitu. Membaca itu memasukkan info manakala menulis itu mengeluarkan kembali info.

Jika tiada info yang dimasukkan, bagaimana mahu ada info yang keluar?

Jadi, bila saya terbaca tulisan seorang terapis carakerja yang menegaskan menulis datang dahulu sebelum membaca, saya terkejut. Tapi saya teruskan juga membaca keseluruhan tulisannya sebelum membuat kesimpulan.

Oh, patutlah beliau berpendapat begitu.

Ia adalah disebabkan oleh perbezaan definasi.

Menconteng bagi beliau sudah dikategorikan sebagai menulis.

Manakala bagi saya menulis bermakna menghasilkan ayat yang boleh difahami oleh orang lain.

Jadi jika menconteng dianggap menulis, maka mungkinnya kesedaran fonemik (kebolehan membezakan bunyi dalam bahasa pertuturan) juga boleh dianggap membaca?

Jika begitu pula, maka menconteng dahulu atau kesedaran fonemik dahulu? haha.

Ini adalah ibarat persoalan ayam dan telur. Yang mana keluar dahulu? Ayam atau telur?

Ia adalah persoalan yang tiada penghujungnya. Setiap pihak mempunyai hujah yang kukuh dan kuat untuk menyatakan dia yang lebih dahulu.

Jadi, tak usahlah kita layankan persoalan sebegini.

Yang pentingnya, ibu bapa kena tahu bahawa usia 0 ke 6 tahun adalah usia emas yang perlu diransang dengan optimum bagi membolehkan anak mendapat kemahiran membaca dan menulis.

Bagaimana ransangan yang perlu diberi?

Nah, yang itulah antara perkara yang akan dikupas dan dikongsikan oleh tiga penceramah undangan kami dalam Seminar Menulis dan Membaca Di Awal Usia.

Seminar ini akan berlangsung pada 2 Disember 2017, Sabtu dari jam 9 pagi hingga 2 petang. Dan diadakan di Pasir Gudang.

Khidmat nurseri dan aktiviti untuk anak-anak turut disediakan bagi memberi peluang kepada ibu bapa fokus kepada seminar. Nurseri dan aktiviti ini akan dikendalikan oleh cikgu-cikgu yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang berkenaan (dan juga dipantau oleh saya hahaha).

Untuk menyertai seminar ini, bolehlah mengisi borang secara online di bit.ly/seminarwhiztots

Ataupun Whatsapps saya Azleen 0173329298 atau Aini 0173891909

Wasap.my/+60173329298/seminarwhiztots

Wasap.my/+60173891909/seminarwhiztots

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *