Read Aloud Session

Kami baru selesai buat sesi membaca lantang. Mommy baca, anak-anak dengar.

Pilihan buku hari ini adalah Hide and Seek dari siri Little Reader Level Very Easy.

Angah dan Afiah seronok sangat dapat dengar mommy baca. Angah sebenarnya tak faham sangat bahasa Inggeris tapi disebabkan buku ini disertakan dengan gambar, maka dia macam faham juga.

1. Sesi membaca lantang boleh dimulakan seawal bayi dalam kandungan lagi. Dan boleh diteruskan sehingga dewasa.

2. Semasa bayi kecil, pilih buku cerita yang mengandungi ayat berima. Lagu kanak-kanak, puisi, pantun amat sesuai dan membantu meningkatkan kesedaran fonemik.

Apabila anak berusia sekitar 2 ke 4 tahun, boleh tukar kepada buku menamakan gambar. Buatlah cerita secara lisan.

Apabila anak berusia sekitar 5 ke 6 tahun, pilihlah buku bergambar dengan sedikit ayat. Sebaiknya ayat dan gambar pada muka surat yang berlainan.

6. Baca lantang sambil menggunakan jari untuk menunjuk perkataan yang dibaca. Ini membantu memberi panduan kepada anak bahawa membaca adalah dari kiri ke kanan (jika baca cerita tulisan jawi, dari kanan ke kiri).

7. Tidak ada umur untuk berhenti membaca lantang. Membaca lantang adalah langkah pertama untuk mewujudkan rasa suka membaca kepada anak.

Jika ibu bapa pun tidak suka membaca bagaimana mahu mewujudkan budaya membaca pada anak? Bukan salah anak tak suka buku, jika ibu bapa tak pernah membaca bersama mereka.

Apabila dewasa membaca lantang masih boleh dilakukan bersama. Kali ini kongsikanlah artikel dari majalah, suratkhabar ataupun laman web yang berkaitan dengan minat anak.

8. Sesi membaca lantang boleh dibuat banyak kali dalam sehari. Anak-anak sangat seronok sebenarnya meluangkan masa bersama ibu bapa.

Selamat membaca lantang!

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy hobinya membaca.

P.s: Maafkan di atas ketidaksempurnaan sebutan. Jangan kecam mommy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *