Resepi Sup Ikan Senggarat Dan Lobak Putih

Orang kata makan lobak putih boleh menambahkan susu ibu. Saya ini tidaklah pernah memasak lobak putih.

Tapi hari itu pergi ke Tesco nampak comel pula sayur lobak putih ini. Jadi saya pun belilah sebatang. Teringat ada ikan senggarat yang beli dari Remy Sktpp ada dalam peti ais.

Pernah nampak juga Nur Salwa Ishak Ejen Shaklee pernah posting sup ikan dan lobak putih yang dimasak untuk anaknya. Barangkali bolehlah cuba lobak putih ini untuk Isyraq pula.

Saya masak sup ikan senggarat dan lobak putih. Dimasak tanpa garam sebab nak beri Isyraq makan juga.

Isyraq tidak begitu suka lobak putih. Makan beberapa keping sahaja. Afiah dan Azmina juga sama. Sup tidak berapa laku hari ini. Hihi.

Tapi benarlah kata orang lobak putih boleh menambahkan susu. Hihi. Ianya berkesan ke atas saya.

Lobak putih ini boleh dikategorikan sebagai galactogue. Herba atau ubatan yang digunakan untuk menambahkan susu ibu.

Bagaimanapun, penggunaan galactogue seringkali berkesan untuk satu ibu tetapi mungkin tidak berkesan untuk ibu yang lain. Ianya berbeza-beza.

Penggunaan galactogue juga lebih memberi impak jika ianya digunakan bersama peningkatan pengeluaran susu secara efektif samada melalui penyusuan terus, memerah dengan tangan atau menggunakan pam.

Sebelum menggunakan galactogue juga ibu dinasihatkan supaya berhubung dengan pakar laktasi bagi memeriksa sebanyak mana keperluan mengambil galactogue.

Untuk memasak sup ikan dan lobak putih ini, bahan-bahannya adalah:

– ikan senggarat

– Lobak putih

– bawang besar

– bawang putih

– sup bunjut ikan

– halia

– daun sup, daun bawang, bawang goreng

Cara memasak ada dalam gambar ya.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *