Rumah Mesra Kanak-kanak

Isyraq, cari apa?

Begitulah lebih kurang dialognya bila nampak anak lelaki yang seorang ini sudah mula membuat siasatan ke dalam pantri mommy.

Siap berdiri masuk ke dalam almari pantri ini. Dibelek satu persatu barang yang boleh dicapainya.

Habis atas bawah kiri kanan. Ambil, belek dan letak. Ambil, belek dan letak.

Ketara sangat sifat ingin tahunya yang tinggi.

Anak kecil dilahirkan dengan sifat ingin tahu dan survival yang tinggi.

Kita sahaja yang sering mematikan sifat itu dalam dirinya.

Haishhhh. Jangan usik. Jangan pegang. Tak boleh masuk mulut. Haippppp!

Ada satu kajian yang dijalankan di luar negara mendapati bahawa kanak-kanak yang menerima banyak ayat-ayat berunsur larangan ini cenderung untuk bersikap pasif.

Mereka juga kurang kosa kata, tidak dapat menguasai kemahiran motor dengan baik dan akhirnya mempunyai masalah menguasai pelajaran.

Apabila ada anak kecil, gaya rumah eloklah disesuaikan dengan usia anak.

Jadikan rumah kita ini lebih mesra kanak-kanak. Supaya mereka boleh meneroka dunia kecil ini dengan selamat.

Dan tidaklah bergerak sedikit haippp, pegang sikit jangan!

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.