Sayur Kubis Masak Lemak Berkrim

Hari ini cuti sebab JDT menang bola. Entah piala apa saya pun tak pasti.

Tapi Whiztots Cepat Membaca tetap kelas macam biasa. Malam tadi sudah mesej tim, “Walau JDT menang kelas tetap ada. Nanti Jumaat kita cuti ganti. Haha”.

Hari ini juga hari pertama di rumah baru Whiztots. Jalan Lampam 17.

Jika selalu boleh santai-santai sebab kat rumah, hari ini kena siapkan makanan awal untuk bawa ke sana.

Mommy anak tiga kena bersiap sedia. Kalau tidak nanti sedang kelas, “ Mommy, ngah pa.”

Azmina sekarang ni lapar 24 jam. Sedang saat membesar pesat agaknya.

Jadi hari ini, mommy masak nasi perang, ayam bakar dan sayur kubis masak lemak tanpa garam.

Tanpa garam supaya Isyraq boleh makan juga sekali.

Masak lemak kubis ni mudah sahaja. Ini versi mommy masak anak BLW ya.

Bahan-bahan:

– kubis bulat dipotong ikut saiz yang nak makan

– bawang putih diketuk dan dicincang halis

– bawang besar dihiris nipis

– ikan bilis dibelah dan dicuci bersih

– lada merah dihiris nipis

Cara memasak boleh tengok kat gambar ya.

Mommy nak bersiap ke rumah baru Whiztots pula.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.