Personal Development

Seronok Ada Anak vs Seronok Tiada Anak


Seronoknya tengok anak bergelimpangan macam ni, pukul 12 tengah hari di bulan puasa.

Bila lihat keadaan mereka bertiga bergomol-gomolan, saya pasti teringat keadaan 8 tahun awal perkahwinan yang tiada anak lagi.

Keadaan yang sehingga saya hampir pasti mungkin saya memang ditakdirkan tidak punya anak sendiri hingga mati.

Ya, hanya orang yang pernah tidak punya anak sahaja benar-benar memahami perasaan itu.

Keadaan di mana kita sanggup berikan apa sahaja asalkan Allah SWT kurniakan satu, cukup walau hanya satu anak sendiri.

Ada anak ni seronok, tapi tiada anak juga seronok.

Seronoknya ada anak bila pagi-pagi bangun lihat muka mereka yang comot dengan air liur basi itu buat mak rasa gembira.

Seronoknya tiada anak boleh bangun lewat pagi dan nampak muka suami tenang-tenang kat sebelah. Boleh jadi ambil cuti hari itu. 

Seronoknya ada anak bila balik kerja stress lihat telatahnya mak lupa langsung tentang kerja.

Seronoknya tiada anak bila stress baling sahaja baju ke dalam kereta dan ajak suami “Jom jalan” tak perlu pikir banyak.

Seronoknya ada anak bila masak macam-macam ada orang yang nak makan.

Seronoknya tiada anak lepas makan cuma basuh pinggan sahaja yang boleh siap dalam 5 minit.

Seronoknya ada anak bila tengok movie di tv boleh bergumpal-gumpal beramai-ramai depan tv.

Seronoknya tiada anak boleh tengok midnight movie di panggung wayang sambil belai-belai tangan suami.

Seronok itu di hati, kita yang tentukan.

Dan orang lain tidak boleh curi keseronokan kita.

Biar apapun yang ingin mereka katakan.

Semoga pasangan yang belum punya anak dan inginkan anak akan dapat apa yang mereka mahukan.

Aamin.

Leave a Reply