Welcome

Say hello to the toggle bar. This is an optional section you can use to display any content you'd like. Simply select a page from the theme panel and the content of the page will display here. You can even use the drag and drop builder to create this! This is a perfect place for your company mission statement, alerts, notices or anything else.

Get In Touch

Email: cikguazleen@gmail.com
Phone: +6017-332-9298
Address: No 1 Jalan Lampam 31 Taman Tanjung Puteri Resort 81700 Pasir Gudang Johor

Our Location

map

This is a demo store for testing purposes — no orders shall be fulfilled. Dismiss

+6017-332-9298 cikguazleen@gmail.com
Img 7735

Tikar Terlipat

Dari dalam tandas, boleh dengar suara Angah menangis meraung-raung.

Tapi bukan jenis tangisan sakit, lebih kepada tangisan minta perhatian.

Namun, masih rasa tak syok nak mandi dan menyelesaikan hajat.

Maka, mommy pun keluar ke depan dan menggunakan nada suara yang tegas dan muka serius, “Angah nak apa?”

Angah menuding jari ke hujung bilik.

“Nak apa?”

Masih lagi dijawab dengan raungan dan tudingan jari.

“Kakak, Angah kenapa?”

Kakakpun bercerita. Puncanya hanyalah sudut tikar terlipat.

“Angah bangun pergi betulkan.”

Angah bangun dan betulkan sudut tikar yang terlipat akibat proses Kakak mengangkat Isyraq.

Tangisan dan raungan berhenti.

1. Anak berusia sekitar 2 ke 3 tahun memang sedang fasa perfectionist. Segalanya mahu sempurna. Segalanya mahu tersusun.

Masa Afiah usia begini kami mengambil masa yang sangat lama membeli barang di Tesco kerana dia tolong mengemas barang-barang yang tidak tersusun, tolong meletakkan kembali barang-barang yang ditinggalkan oleh pelanggan lain kerana tak jadi beli.

Masa itu kami dah risau dah jika Afiah ada sindrom, Allah lupa pula namanya.

Tapi lepas buat semakan melalui pembacaan dan bertanya pakar kanak-kanak, rupanya ianya adalah memang sifat kanak-kanak pada usia ini.

2. Anak usia 2-4 tahun juga self-centric. Berpusatkan dirinya. Dia merasakan yang dunia sekeliling ini berpusatkan dirinya. Segalanya adalah tentang dia.

Sebab itu mudah mengamuk, tantrum tak tentu hala.

Bila sudah mengamuk, susah pula mahu dipujuk. Alahai.

3. Menengking dan memukul tidak akan menyelesaikan amukan anak pada usia ini. Ia hanya akan menambahkan hormon cortisol yang menyebabkan stress berlebihan pada otak.

Ibu bapa kena lebih banyak bersabar. Bersabar dari menengking dan memukul. Juga kena bersabar dari memujuk dengan menyogok barang yang tidak munasabah.

Saat-saat seperti ini mengingatkan saya kembali bagaimanalah ibu bapa saya menjaga saya dahulu.

Semoga Allah SWT memelihara dan mengasihani kedua ibu bapa kita sepertimana mereka memelihara dan mengasihani kita semasa kita masih kecil dahulu. Amin.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy feeling touching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *