Seni Ajar Membaca

Umur Berapa Anak Patut Boleh Membaca

Jawapan umur berapa anak patut boleh membaca..

Kalau anak simpan dalam almari, sampai umur 30 tahun pun belum tentu boleh membaca ya 😂😂

Pelbagaikan kaedah pengajaran..

Multisensori.. libatkan semua deria yang ada..

Jangan asyik latih tubi jer sampai budak muntah cikgu sesak nafas..

Kang doktor bagi ubat anti stress pulak, kasihan cikgu..

Jom guna kaedah fonik gabung bunyi dalam kelas pemulihan..

Murid memang suka belajar (saya tahu semua mirid pemulihan suka datang kelas pemulihan kan) 😄

Tapi lagi penting cikgu pun teruja nak mengajar.. barulah kegembiraan itu dapat disebarkan ke serata alam..

Dan kajian menunjukkan bahawa kita lebih mudah ingat sesuatu yang beremosi tinggi.

Bila belajar dengan emosi gembira, murid cepat baca ke cepat baca?

Jom fonik!

Saya dah, anda?

Dari saya Nor Azleen Abd Rahim, the professional mommy yang sangat suka ajar membaca dengan kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku.

Umur berapa kanak-kanak perlu boleh membaca?

Jawapan pendek, setelah kanak-kanak tersebut didedahkan kepada pembelajaran formal secara konsisten selama lebih 6 bulan.

Kerana kemahiran membaca bukanlah satu kemahiran fisiologi yang termaktub dalam perkembangan tipikal. Ia satu kemahiran akademik.

Jadi, exposure kepada akademik mempengaruhi kemahiran ini.

Selain itu, teknik juga mempengaruhi sejauh mana kanak-kanak menguasai kemahiran ini.

Guru-guru perlu dimantapkan dengan pelbagai teknik dan kaedah membaca, tidak hanya restrict kepada kaedah mengeja sahaja. Itu adalah salah satu daripada beribu kaedah.

Apatah lagi murid sekarang terdiri daripada pelbagai jenis kecerdasan dan kebijaksanaan.

Jangan lupakan perkembangan sensori deria dan sensori motor semasa proses pendedahan akademik.

Hehe.

Sumber: Mahfuzah Zainol

Leave a Reply