Aktiviti & Permainan Kreatif

Permainan Kreatif “Mana /a/”

Hari ini saya nak kongsikan kertas aktiviti untuk permainan kreatif “Mana /a/”. Aktiviti ini saya gunakan untuk kelas anak berusia 4 tahun.

Berpandukan Rancangan Mengajar Bacalah Anakku Anak 4 Tahun Minggu 1, susunan aktiviti adalah seperti berikut:

  1. Ajar bunyi /a/
  2. Ajar aksi asosiasi /a/
  3. Ajar simbol /a/
  4. Perkenalkan gambar-gambar bermula dari /a/
  5. Bermain permainan kreatif Mana /a/ menggunakan kertas aktiviti yang dilampirkan.
  6. Menulis simbol /a/ dengan kertas berpasir, playdoh, finger-painting
  7. Menyanyi lagu Abu Ada Ayam bersama aksi

Cara bermain Mana /a/ adalah seperti berikut:

  1. Sebut gambar-gambar dan minta anak tunjuk dalam kertas
  2. Ibu/ guru sebut /a/ dan minta anak tunjuk mana /a/ dalam kertas
  3. Ajar anak bulatkan /a/ dalam kertas

Dan berikan ganjaran jika anak dapat menjawab dengan betul. Berikan galakan dan panduan jika anak masih memerlukan bantuan mengenal mana /a/.

Selamat mencuba!

Download kertas aktiviti Permainan Kreatif “Mana /a/” = mana ‘a’

Download gambar bermula /a/ = gambar ‘a’

Leave a Reply