Mengajar Membaca

Anak Tidak Mahu Belajar Dengan Ibu. Apa Nak Buat?

Anak tidak mahu belajar dengan ibu?

Ini dilema biasa timbul bagi kebanyakan anak yang telah bersekolah. Dan juga yang hadir kelas membaca.

Katanya, “Saya sudah belajar di kelas dengan cikgu. Kenapa nak belajar dengan ibu? Ibu bukan cikgu.”

Amboi, memang boleh meluap-luap rasa dapat anak menjawab begini. Bersabarlah.

Lakukan yang paling mudah dahulu.

Jika anak boleh terima bermain dengan ibu, bermainlah. Mainlah apa-apapun. Main play doh, main pasir. Pretend play seperti mengambil pesanan makanan, bermain doktor-doktor.

Jika anak kata, “Ibu dah besar. Mana boleh main bersama.”

Jawab, “OK, fine.” Hahaha.

Bacakanlah buku kepadanya. Membaca buku tidak perlu kebenaran daripadanya.

Jika anak tidak mahu duduk bersama, bacakan sahaja dengan suara yang kuat lagi lantang dari satu sudut yang anak boleh dengar.

Pilihlah buku yang menarik. Yang banyak dialog. Yang banyak gambar. Mudah nak reka dialog sendiri jika perlu.

Bacalah dengan ekspressi dan intonasi. Ubahkan suara mengikut karakter yang bercakap.

Dengan izin Tuhan, pasti suatu masa nanti anak akan datang semakin dekat dan semakin dekat mahu melihat apa yang ibu lakukan.

Bertabahlah ibu-ibu yang sedang membantu anak belajar membaca. Pasti ada cabarannya.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

2 Comments on “Anak Tidak Mahu Belajar Dengan Ibu. Apa Nak Buat?

    1. Waalaikumussalam puan,

      Puan nak join kelas fonik yang mana satu ya? Untuk parent ke untuk anak?

Leave a Reply