Emas, Simpanan & Kewangan

Belajar Cara Uruskan Wang

“Mommy, hari ini Sabtu,” kata Afiah masa ambil mommy selepas Seminar Fonik dan Brain Gym.

Mommy yang kepenatan rasa nak pengsan angguk-angguk macam burung belatuk.

“Mommy, hari ini hari Sabtu kan,” ulang Afiah lagi.

“Ya, kakak. Sabtu,” balas mommy pendek.

“Kan hari Sabtu mommy nak kena bagi kakak duit poket,” Afiah sengih-sengih.

Ya Tuhan, mommy lupa.

Begitulah, roda kehidupan ini berputar dengan laju. Siapalah kita manusia yang kejam sehingga kerap terlupakan sesuatu.

Sampai rumah sebenarnya mommy mahu tidur. Tapi Afiah datang menagih janji.

Berjanji dengan anak ini harus ditepati. Jika tidak nanti dia cap kita penipu. Dia tak cakap, tapi jauh dihatinya, di dalam minda separuh sedarnya akan terpatri kata-kata mommy tidak boleh dipercayai.

Maka mommy pun menahan mata dan letih demi anak.

Bukan sekadar memberi duit saku buat gembira hati sang anak. Tapi kerana ingin mendidik anak menguasai pengurusan kewangan.

Belajar tambah dan tolak dengan cara yang logik dan bermakna.

Selesai kira-kira mudah mengurus duit nan hado tu, Afiah pun berkata, “ Mommy, kakak happy sangat ada duit sendiri.”

Senyum telinga ke telinga. Sambil memeluk tabung, dompet dan buku kira-kira.

Huh, berbaloi juga menahan mata di petang hari ini.

Salam hujung minggu, selamat beristirehat.

Nor Azleen Abd Rahim
#cikgumommy berangan nak merayau kat bukit layang-layang.

Leave a Reply