Bengkel Santai Fonik SK Taman Rinting 1

Hari ini berkongsi fonik di SK Taman Rinting 1.

Dalam ucapannya, Tuan Guru Besar, Encik Norazrin berkata yang beliau terkejut apabila melihat buku yang saya susun di atas meja.

Sangka saya beliau terkejut kerana saya bawa banyak bahan untuk mengajar.

Rupanya, beliau berkongsi bahawa 20 tahun yang lepas beliau telah menggunakan buku Bacalah Anakku untuk mengajar anak nombor 1, 2 dan 3 nya belajar membaca. Dan ianya berjaya.

Jadi beliau suka dengan buku Bacalah Anakku. Yeahhh!

Buku Bacalah Anakku telah diterbitkan pada tahun 1996. Ini bermakna ia telah berada dalam pasaran selama 22 tahun.

Cukup lama untuk dikenali oleh ramai orang.

Dan sepanjang tempoh itu juga, kaedah mengajarnya telah berevolusi agar selari dengan kajian sains dan neurologi.

Menjadikan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku sebagai kaedah terbaik untuk mengajar anak membaca.

Memandangkan kaedah ini disokong oleh sains neurologi dan dibuktikan selari dengan bagaimana otak berfungsi, mengapa kita tidak mahu menerima dan mempraktiskannya?

Usah bertangguh lagi. Tunaikan hak kanak-kanak mendapat literasi dengan cepat, mudah dan seronok.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.