Bersedia untuk ditinggalkan

Hari itu, hantar Afiah sertai kelas seni visual di Muzart.

Afiah sangat teruja nak ke kelas seni. Dia sangat suka buat seni dan kraf.

Sedang cikgu Muzart menerangkan bahan-bahan seni yang diperolehi kepada saya, tiba-tiba Afiah menangis. Huhu.

Terus peluk Afiah. Dari kecil sampai ke besar ini rupanya masih menangis setiap kali pertama ke kelas.

Maka, terpaksalah saya memimpin dia masuk ke kelas dahulu. Dudukkan di kerusi. Berdiri tepi pintu. Keluar dari kelas. Tengok ikut cermin.

Dan bila dia sudah ralit dengan kerja seninya, saya duduk di hadapan sahaja.

Selepas 15 minit, saya beritahu pada gurunya yang saya nak keluar. “I think she will be okay”, kata saya kepada gurunya.

Kesediaan untuk belajar pada saya sangat penting. Tidak boleh dipaksa-paksa.

Macam dalam teori Maslow. Anak perlu ada rasa selamat ditinggalkan baru pembelajaran dapat dihayati.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.