Ikan Patin Temerloh Bakar Tempoyak

Hari itu saya nampak seorang kakak ini buka pesanan untuk patin bakar tempoyak.

Wah, satu saya suka ikan patin. Dua saya juga suka tempoyak. Tapi saya tak pernah makan patin bakar tempoyak. Ini rare!

Jadi, terus buat pesanan. Bukan satu tapi lima. Hahaha. Untuk staf juga kerana kebetulan hari yang dia buat penghantaran itu kami ada bengkel PdPc Fonik di luar.

Habis bengkel, terus balik rumah Whiztots. Lapar pula perut sebab hari itu tidak bersarapan.

Bau ikan patin Temerloh dan tempoyak menusuk hidung. Perghhh. Memang membuka selera. Ikan dibakar beserta daun kunyit yang diracik halus-halus. Pedas sedikit sahaja sesuai untuk saya.

Set makan tengah hari ini dihidangkan bersama nasi, ikan masin, ulam dan sambal terlebih pedas. Haha. Saya memang tak tahan pedas orangnya.

Juga ada gulai nenas ikan masin. Wahh dah lama tidak makan ini. Selalunya tunggu mak sahaja yang masak. Tak pandai saya nak masak gulai nenas ikan masin ini.

Sambil makan suap anak-anak. Ikan patinnya besar, satu set ikan patin boleh makan berdua dewasa atau berempat dengan anak-anak. Tapi kena ambil dua nasi lah. Hihi.

Memang terbaiklah. Padu masakan kak Noor Sazila Yaakob. Memang wajib ulang pesanan lagi.

Ikan patin didatangkan khas dari Temerloh sebab ikannya segar dan tidak berbau. Terbayang-bayang begitu.

Kak Sazila ambil pesanan hanya pada hari Jumaat tertentu. Kena tanya dialah bila pesanan lagi.

Harga bagi satu set makan tengah hari ini cuma RM12 sahaja. Saya order 5 jadi tidak adalah pula dia minta caj penghantaran. Siap dengan segelas air sirap sejuk okeh!

Dah dah cukuplah kecur air liur tu. Boleh masak sendiri jika tak sabar nak tunggu Jumaat hadapan. Hihi.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.