Karate Fonik

Hari tu pergi kenduri aqiqah rumah jiran. Tiba-tiba Afiah berlari kepada saya seraya berkata, “Mommy, ada budak tu karate na ni nu”.

Saya kata, “oh ya ke. Jangan-jangan N”.

Afiah pandang saya sambil mengecilkan mata, mengerutkan dahi, “Siapa N? Kenapa dia tahu karate?”

“Sebab dia belajar kat Whiztots.” Ujar saya ringkas.

Afiah berlari semula ke kumpulan kanak-kanak yang sedang bermain itu. Nampak dia bertanya bersungguh-sungguh kepada budak yang karate na ni nu itu.

Sambil itu tangannya menunjukkan kepada saya. N memandang saya, senyum dan mengangguk kepada Afiah.

Dari jauh, sayup-sayup saya dengar Afiah tanya, “itu cikgu awak ke?”

Kemudian, Afiah berlari semula kepada saya.

“Mommy, betullah. Dia belajar kat Whiztots.”

Saya senyum dan mengangguk-angguk macam burung belatuk.

“Kenapa Afiah tak kenal dia?”

Hahaha. Begitulah sayang. Dulu semua pelajar Afiah kenal. Sebab Afiah jadi tukang jaga pagar pelajar keluar dan masuk rumah.

Sekarang Whiztots sudah sistematik. Ada tutor lain juga. Afiah pun sudah jarang-jarang ada di kelas. Jadi banyaklah pelajar yang Afiah tidak kenal.

Tapi jika karate na ni nu. Pasti anak fonik itu.

Seronoknya belajar fonik sampai kat tempat kenduri pun nak berlatih karate juga.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.