Mana Sungainya?

“Abah, kita dah sampai mana?”

“Sungai Besi”.

“Banyak bangunan sahaja. Mana ada sungainya?”.

Ya tak ya juga, mommy pun tak tahu yang mana satu Sungai Besinya.

Begitulah, kanak-kanak fikirannya mudah. Semuanya berasaskan logik.

Jika namanya sungai, haruslah ada sungai kan. Bila sungainya tidak nampak, maka menjadilah satu kepelikan mengapa namanya ada sungai.

Mudah. Logik.

Jadi bila nak mengajar anak kecil, haruslah ada dua ciri ini. Mudah dan logik.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy suka yang ringkas.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.