Resepi Rolled Oats Blended

Seminggu ini kita cuba sarapan pagi yang sihat. Huhu. Bukan lagi sebab nak kuruskan badan. Tapi nak bagi badan segar dan tidak lemau. Lagipun, sarapan ini cepat dibuat.

Yang lagi penting, anak-anak pun suka. Berebut-rebut minum segelas kecil ini. Kenalah buat 2 ke 3 kali. Ada sahaja blender yang besar saiz jag, tapi bila buat banyak begitu, mereka pula tidak mahu minum.

Agaknya seronoknya minum kerana berebut. Bila dah dapat sorang segelas, dah tidak seronok minum. Macam-macam karenah anak kecil.

Bahan-bahannya mudah sahaja:

– 6 sudu besar rolled oats

– 1 sudu kecil chia seed

– buah-buahan ikut selera

– susu segar setengah gelas

– air sejuk setengah gelas

– madu secukup rasa

Anak-anak saya sukakan buah-buahan import yang dibekukan. Saya pun sama. Huhu. Buah seperti strawberry, raspberry, blacberry, blackcurrants rasa masam-masam sedikit begitu. Mungkin boleh juga cuba dengan nanas madu.

Boleh cuba dan pelbagaikan pilihan buah-buahan. Hari ini kami buat dengan strawberry, blueberry, kale dan spinach. Beli frozen siap campur kat Tesco.

Cara buat pun senang sahaja. Ada dalam gambar ok. Selamat mencuba!

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Atas permintaan Afiah, maka tercatuklah sebiji strawberi kat tepi gelas tu. Dia ini memang hantu strawberi.

Mula-mula saya akan rendamkan seketika oats dan chia seed dengan susu. Dalam 5-10 minit sahaja.

Lepas itu barulah masukkan buah-buahan, susu lagi dan air sejuk. Blend.

Lepas kisar barulah masukkan madu secukup rasa. Selalunya dalam satu sudu besar juga.

Leave a Reply