Simple ABC

Masa saya kecil dahulu, ABC lebih ringkas.

Ianya hanyalah ais kisar yang diletakkan sirap dan serbuk milo. Ada kacang merah dan kegemaran saya adalah nenas.

Di kampung saya, Abang Nan yang menjual ABC ini, baru dua puluh sen satu bungkus. Kedainya betul-betul di pintu belakang sekolah. Jadi bila balik sekolah berpusu-pusulah kami ke kedai membeli ABC 20sen.

Sampaikan yang van menunggu pagar hadapan pun muridnya tetap lalu pagar belakang. Apatah lagi macam saya yang berjalan kaki sahaja pergi dan pulang sekolah.

Kadang-kadang kami inovasikan sendiri ABC di rumah. Tidak ada mesin pengisar, tak apa. Lesung batu pun jadi. Haha. Asalkan ais menjadi hancur, cukuplah.

Curah sedikit sirap, tabur serbuk milo. Siap ABC satu. Boleh ulang buat berkali-kali satu hari.

Sampai masa emakpun hairan, kenapa milo cepat sungguh habisnya. Haha. Rahsia adik beradik.

Begitulah. Tiba-tiba rasa rindu dengan ABC yang ringkas begitu.

Ringkas. Seringkali lebih sedap.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy ya ya jer abang nan, entah silap nama hahaha

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.