Mengajar Membaca

Tips Menyemak Bacaan Anak

Hari ini saya kongsikan tips menyemak bacaan anak berdasarkan video yang diambil di kelas Whiztots ini.

#1 – Sentiasa berikan pujian dan galakan semasa anak membaca. “Pandainya Haikal”, “Wah, hebatlah!”, “Betul, baca lagi” adalah beberapa kata pujian yang boleh kita gunakan. Pelbagaikan agar tidak jemu.

#2 – Minta anak menunjukkan dengan jarinya sendiri secara slide. Apabila membaca secara berhadapan, jari kita di bahagian atas perkataan manakala jari anak di bahagian bawah perkataan. Apabila membaca bersebelahan, jari kalian dan jari anak bergerak seiringan di bahagian bawah perkataan.

#3 – Beri masa dan peluang untuk anak membetulkan bacaannya sendiri. Kadang-kadang kalian mungkin perlu menunggu sehingga 5-10 saat. Beri hint, bukan jawapan. Kecuali jika anak benar-benar tidak tahu, barulah berikan jawapan.

#4 Sentiasa ingat bahawa kelancaran membaca memerlukan latihan secara berterusan dan konsisten. Ia tidak dapat dicapai dalam masa 1-2 kali latihan.

Saya suka mengaitkan belajar membaca dengan membuat jalan raya. Semua jalan bermula dengan jalan kampung atau denai. Yang mana kita bergerak berjalan kaki dengan perlahan.

Apabila kerap digunakan, jalan ini boleh dinaiktaraf kepada jalan tanah merah – jalan bertar – jalan negeri – jalan persekutuan – lebuhraya bertol. Bila dah ada tol, semakin besarlah jalannya, semakin lajulah kenderaan boleh bergerak.

Begitu juga dengan membaca, semakin kerap berlatih, semakin lancar membaca. Sehinggakan perkataan-perkataan yang kerap ditemui dibaca hampir secara automatik. Tidak lagi menggabung satu persatu seperti dalam video ini.

#5 Elakkan dari membebel. Memberitahu anak kalian perkara seperti “Dah berapa kali ajar ini, kenapa tak dapat-dapat. Itulah suka sangat main. Tak tumpu perhatian.” tidak dapat membantu anak belajar membaca. Ibu ayah pun mesti fokus kepada ajar anak membaca.

Ke arah membina bangsa membaca. Tahun berapa ya?

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

#bangsamembaca

https://youtu.be/wHDsHThVv64

Leave a Reply