Ujian dan Rezeki Dari Tuhan

Hari ini sepatutnya saya ada taklimat ringkas dengan ibu bapa Linus di sebuah sekolah Pasir Gudang berkaitan dengan Program Sekolah Angkat Whiztots.

Namun, sejak semalam Angah demam dan ia berlanjutan sehingga pagi ini. Angah ada sejarah demam beserta sawan.

Jadi saya tidak selesa meninggalkannya dengan orang lain sewaktu demam. Maka saya wakilkan staf untuk menggantikan saya.

Kelebihan berniaga inilah dia. Anak sakit tak perlu susah hati nak mohon cuti. Tak perlu risau nak mengatur ayat dan kena tempelak bos kerana nak bercuti.

Makanya juga bila dah jadi bos jangan lupa pengalaman menjadi pekerja. Sakit dan mati tidak pernah kita rancang dan minta. Ia adalah ujian dari Tuhan, untuk pekerja dan juga untuk bos.

Apakah kau akan lebih mementingkan kerja dari anugerah Tuhan yang terindah?

Percayalah, staf apabila diberi kenikmatan berehat dan menjaga anak yang sakit, apabila kembalinya bekerja akan bekerja dengan lebih dedikasi.

Percayalah juga bahawa Tuhan ada pelbagai cara untuk mencukupkan rezeki kita dan staf jika kita tunaikan hak-hak mereka.

Sama-samalah kita doakan agar Angah dan juga anak-anak kecil lain yang sedang demam ketika ini diberikan kesembuhan segera. Agar mereka dapat terus bermain dan bergelak ketawa menceriakan dunia ini.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.