skip to Main Content

Langkah 1 Mulakan Dengan Bunyi

Perkara pertama yang anak perlu tahu apabila belajar membaca adalah bunyi dan rupabentuk simbol (huruf) yang digunakan dalam bahasa Malaysia.

Barulah anak boleh menggabung bunyi untuk mengetahui setiap perkataan yang dilihatnya.

1. Setiap bunyi boleh diwakili oleh simbol (huruf). Anak perlu tahu simbol bagi setiap bunyi barulah boleh menggabung bunyi-bunyi dalam perkataan. Contohnya /a-n-i/ barulah dibaca menjadi ani.

2. Setiap simbol (huruf) mempunyai rupabentuk yang berbeza-beza. Untuk membaca, anak mestilah boleh membezakan simbol-simbol ini. Contohnya simbol a dan n dan i adalah tidak sama.

3. Simbol (huruf) terdiri dari besar dan kecil, A dan a. Jangan kelirukan anak dengan mengajarkan keduanya serentak. Kekalkan dengan huruf kecil dahulu, a, i dan u.

4. Setiap simbol (huruf) ini juga mempunyai nama. A dipanggil ‘ei’. Kita menggunakan nama huruf ini apabila menyanyikan lagu a-b-c, atau mengeja perkataan a-b-u. Abaikan dahulu nama-nama huruf ini sehingga anak telah boleh membaca lancar.

Silakan berkongsi.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Guru Membaca Fonik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *