Seni Ajar Membaca

Tip #1 Kaitkan Bunyi Dengan Aksi Asosiasi

TIP #1: Kaitkan dengan aksi asosiasi

Menurut pakar, sesuatu perkara itu lebih mudah diingati apabila ia mempunyai 2 kriteria berikut:
1. Bermakna
2. Beremosi

Jadi, untuk memudahkan anak mengingat bunyi yang diajar, kaitkan bunyi dengan aksi. Contohnya, bunyi /a/ dikaitkan dengan aksi kena panas. Angkatkan kedua tangan separas bahu, dan jerit /a/ sambil membayangkan tangan anda memegang api yang panas.

Nah, kita sudah memberikan makna kepada bunyi /a/. Bunyi /a/ seperti kena panas.

Pastikan semasa menjerit /a/ itu, muka haruslah dikerutkan dan jerit sekuat hati sambil menggoyang-goyangkan tangan. Barulah betul-betul beremosi macam kena api yang panas.

Barulah mudah diingati kerana bunyi /a/ ini bermakna dan beremosi. Cuba sekali lagi.

Ini beberapa contoh yang kami gunakan dalam Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku:

/a/ – seperti kena api yang panas
/i/ – geli kena geletek 
/u/ – ulat yang berjalan di dahan pokok
/n/ – membawa kereta lumba yang laju
/b/ – bermain bola keranjang

Setiap bunyi yang diajar boleh dikaitkan dengan aksi yang bersesuaian. Kalian boleh meminta pendapat anak tentang aksi yang berkaitan dengan bunyi diajar.

Asalkan ianya bermakna dan beremosi, lebih mudah untuk anak kalian mengingat bunyi apabila ia dikaitkan dengan aksi asosiasi.

Selamat mencuba!

Nor Azleen Abd Rahim
#cikgumommy
Guru Membaca Fonik

Leave a Reply