skip to Main Content

Tip #3: Perkenalkan Bunyi Satu Per Satu

TIP #3 PERKENALKAN BUNYI SATU PERSATU

Ingat, di peringkat awal ini sentiasa gunakan bunyi sahaja. /b/ (beh) dan bukan b (bi). Jika tidak anak mungkin boleh keliru.

Perkenalkan hanya satu bunyi dalam satu sesi. Pelbagaikan aktiviti berkaitan bunyi tersebut.

Boleh mulakan dengan bunyi namanya sendiri. Contohnya Angah.

“Bila kita sebut Angah, dengar bunyi apa dulu?”

“/a/.”

“Betul, nama Angah ada bunyi /a/. Nah, /a/ ni Angah punya.”

Santai kan.

Minta anak tutup mata, berikan bongkah huruf dan suruh dia rasa. Tanya bunyi apa yang dipegangnya.

Tulis simbol besar-besar di belakang badannya. Bolehkah dia beritahu anda bunyi apa. Ingatan, elakkan dari anak meneka-neka bunyi secara sembarangan. Tukar giliran dengan anak. Beri dia pula peluang untuk menulis simbol di belakang anda.

Sebut beberapa perkataan yang bermula dengan bunyi yang diajar. Minta anak dengar betul-betul perkataan yang anda sebut (sebutkan dalam slow mode) dan minta anak sebutkan semula bunyi awalannya.

Boleh juga bermain permainan I Spy. “I spy with my little eyes, something beginning with /m/..” Meja, motor, mainan. Ini adalah permainan kegemaran Afiah apabila kami travel dalam kereta.

Cuba sebutkan seberapa banyak binatang atau benda yang bermula dengan bunyi tersebut.

Dan di akhir setiap sesi memperkenalkan bunyi ini buat simbol dengan menggunakan playdoh supaya anak dapat merasai bentuknya.

Untuk lebih mudah, boleh rujuk senarai susunan bunyi yang diperkenalkan dalam Bacalah Anakku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *