Seni Ajar Membaca

TIP#4 Bank Perkataan

TIP #4 BANK PERKATAAN
.
Satu idea yang bagus untuk mengumpulkan perkataan-perkataan yang anak boleh baca.
.
1 – Anda perlukan sebuah kotak, kotak kasut pun boleh. Tulis “bank perkataan” pada kotak tersebut. Gunakan huruf kecil sepenuhnya. Jika anak anda suka melukis, berikan dia peluang untuk melukis tingkap dan pintu bergril. Boleh juga tambahkan mangga kunci yang besar. Beritahu anak, disinilah kita akan menyimpan perkataan yang anak boleh baca.
.
2 – Gunakan kad putih bersaiz kecil untuk tulis perkataan. Saya gunakan manilakad putih yang saya potong pada saiz 5”x2”.
.
3 – Tulis perkataan dengan jelas dan betul. Rujuk Carta Bunyi Bacalah Anakku untuk cara menulis yang betul. Harganya RM3 sahaja. Boleh dapatkan di sini: https://www.whiztots.com/product/carta-bunyi-bacalah-anakku/
.
4 – Adakah anak sudah boleh membaca sebarang perkataan? Tuliskan perkataan ini pada kad putih dan masukkannya ke dalam kotak bank perkataan.
.
5 – Susunkan Kad Imbasan Bacalah Anakku di atas meja. Letakkan huruf yang berkaitan dengan perkataan yang hendak diajar sahaja. Berikan anak satu Carta Poket Mini.
.
6 – Mulakan dengan perkataan yang mudah (Rujuk Buku Bacalah Anakku), contohnya “ani”. Letakkan kad imbasan satu persatu ke dalam carta poket mini sambil menyebutkan bunyinya dengan jelas. Kemudian gabung bunyi menjadikan perkataan sambil slide jari. Ajak anak untuk buat bersama-sama.
.
7 – Tunjukkan kad perkataan “ani” dan baca sambil slide jari. Kemudian, baca pula perkataan yang sama dalam Buku 1 Bacalah Anakku.
.
Aktiviti 5 – 7 mungkin perlu diulang untuk beberapa sesi. Tambahkan perkataan lain dari masa ke masa. 
.
Anak akan rasa teruja apabila bank perkataannya semakin penuh dari hari ke hari.
.
Selamat mencuba!
.
Nor Azleen Abd Rahim
#cikgumommy
#notafonik
.

One comment on “TIP#4 Bank Perkataan

Leave a Reply