Lain-lain

5 Tips Keberkatan Rezeki Untuk Cikgu

Hati ni bila dapat jumpa cikgu-cikgu lama, memang rasa berbunga-bunga. Berbunga bukan sebab apa, sebab cikgu lama ni selalu sahaja penuh dengan nasihat dan pengalaman hidup. Masa inilah kita dapat korek dan ambil jadikan panduan.

Namanya Cikgu Fazidah, berkhidmat sebagai guru sekolah rendah lebih dari 30 tahun. Sudah lama pencen, lebih 20 tahun. Suaminya sepupu kepada suami saya.

Walau pertama kali jumpa, mesranya macam dah berkenalan 10 tahun. Mungkin memang kerana keramahannya, mungkin juga kerana cikgu bertemu cikgu.

Banyak sekali yang dikongsikan, tapi beberapa perkara ini ingin sangat saya kongsikan dengan anda.

1. Keberkatan rezeki itu melampaui jumlah wang yang kita perolehi.

2. Kadang-kadang, gaji besar pun masih juga tak cukup-cukup. Setiap bulan ada sahaja masalah yang timbul. Kereta rosak, anak sakit, barang hilang, kecemasan di kampung, dan macam-macam lagi.

3. Bila bekerja, pastikan amanah. Mengajar ikut masa, jangan culas walau sedikitpun. Mengajarlah sepenuh hati, dengan kasih sayang. Layan pelajar ibarat anak kita sendiri.

4. Lebih baik lagi bila libatkan diri secara aktif dalam koko. Mungkin ia boleh jadi penambah berkat apabila ada yang terkurang dalam jadual kita mengajar.

5. Berkat itu apabila ianya sedikit, ia mencukupi. Apabila banyak, ia boleh dikongsikan dengan orang yang kita sayang.

Ada banyak lagi, mungkin lain kali berjumpa boleh berkongsi lagi.

Rasa macam tak cukup masa 2 jam duduk berbual. Semoga Cikgu Fazidah panjang umur, diberkati dan dimurahkan rezeki serta kesihatan.

Nor Azleen Abd Rahim
#cikgumommy
#powerupmychild

Leave a Reply