+6017-332-9298 cikguazleen@gmail.com

TIP #5: Permainan Kad

Fitrah kanak-kanak adalah bermain. Maka memang elok sangat walau kita ni nak mengajarkannya membaca, kita ajarkanlah dengan cara bermain. Barulah anak tak bosan, mak tak naik hangin.

Ada banyak jenis permainan kad yang boleh kita ubahsuaikan menjadi permainan mengajar membaca..Antara kegemaran saya adalah SNAP dan PAIRS.

Bahan yang diperlukan adalah manilakad putih (atau warna lain) yang dipotong kecil pada saiz 5”x3” dengan banyaknya.

Untuk permainan SNAP, pilih 8 ke 10 perkataan sahaja. Tulis perkataan ini ke atas potongan manilakad putih tadi. Satu perkataan sahaja bagi setiap kad. 8 ke 10 keping kad bagi setiap perkataan.

Untuk memainkan permainan SNAP ini, kocok kad-kad tersebut supaya ianya terasing secara rawak. Bahagikan kad secara terbalik kepada setiap pemain (pemain tidak dibenarkan melihat perkataan yang ditulis).

Secara bergilir-gilir, letakkan satu kad perkataan di tengah dan baca. Lakukan dengan cepat. Jika perkataan yang keluar sama dengan kad sebelumnya, peserta hendaklah menjerit SNAP sekuat hati sambil menepuk meja sehingga merah tangannya (OK, berlebih-lebihan pula saya).

Peserta yang paling cepat menjerit SNAP dan menepuk meja boleh mengambil semua kad yang ada ditengah. Dan susunkan kad tersebut secara terbalik di bahagian bawah susunan kadnya yang sedia ada.

Peserta yang berjaya mengumpulkan semua kad dikira sebagai pemenang.

Nah, itu cara bermain permainan SNAP.

Selamat mencuba.

Nor Azleen Abd Rahim
#cikgumommy
#notafonik

NOTA KAKI: Untuk tidak terlepas nota-nota mengajar membaca kaedah fonik gabung bunyi, sertai channel telegram saya di https://t.me/cikgufonik

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: