Tips Menjadikan Kelas Seronok dan Berkesan

Minggu ini #cikgumommy beraksi masuk kelas semula. Huhu. Rindu kelas dengan anak-anak.

Ini juga salah satu proses latihan tutor baru. Tengok sendiri cara mengajar.

Antara perkara yang sangat saya tekankan adalah:

1. Kenali nama students. Panggil mereka dengan nama yang mereka gemari, tahu usia mereka, tahu gaya belajar mereka.

2. Buat persediaan sebelum kelas bermula. Semak bahan bantu belajar yang ingin digunakan, pastikan ianya mencukupi untuk jumlah students, semak juga buku dan lembaran aktiviti yang hendak digunakan.

3. Sebaiknya berdiri semasa mengajar. Nampak malas sangat bila duduk sepanjang masa. Melainkan kalian sedang sarat mengandung, atau mempunyai masalah kesihatan yang menghalang kalian berdiri lama.

4. Banyakkan aktiviti yang memerlukan pelajar bergerak aktif. Berdiri, melompat, merangkak. Kanak-kanak fitrahnya bermain. Jadi berikan mereka belajar sambil bermain. Barulah tidak bosan dan menyeronokkan.

5. Berikan pujian dan ganjaran. Jadilah pemurah dengan kata-kata pujian, bagus, pandai, hebat, awesome, hi-five, gimme-ten. Gunakan biskut chocobear, coklat, sticker, bintang untuk ganjaran. Ada yang bersifat serta-merta, dan ada yang boleh kita jadikan terkumpul untuk melatih kesabaran.

Cukuplah 5 perkara sahaja. Lain kali kita kongsi lagi.

Bagaimana dengan kalian? Apakah perkara yang sangat kalian titikberatkan semasa mengajar?

Nor Azleen Abd Rahim

back in action

#bacalahanakku

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.