About

Hai, saya Azleen.

Saya seorang ibu, guru dan usahawan. Saya juga adalah individu di sebalik tabir cikguazleen.com (sudah tentu!).

Website ini adalah tempat saya merekodkan kehidupan saya. Saya menulis tentang unschooling dan mengajar kemahiran membaca. Persoalan utama yang cuba saya jawab melalui penulisan saya adalah, “Bagaimana kita boleh memberi peluang kepada anak-anak untuk menjalani kehidupan yang lebih baik?”

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya melaksanakan unschooling untuk anak-anak saya serta menjalankan kelas membaca untuk anak-anak dalam masyarakat saya. Saya menulis dan berkongsi tentang aktiviti-aktiviti yang kami jalankan dengan cara yang mudah difahami. Agar ia boleh dijadikan panduan oleh anda yang membacanya.

Saya percaya bahawa untuk mendidik anak-anak adalah dengan memberi mereka ruang dan peluang bereksplorasi dengan dunia ini mengikut cara mereka sendiri. Saya percaya bahawa anak-anak ini mampu mencapai apa juga yang mereka ingini jika mereka diberikan kebebasan membuat keputusan (dengan bimbingan, sudah tentu).

Saya tidak menyatakan bahawa saya mempunyai segala jawapan berkaitan pendidikan anak-anak, bahkan masih banyak lagi yang perlu saya pelajari. Tetapi saya gembira untuk berkongsi apa yang telah saya pelajari sepanjang kehidupan ini.

Salam perkenalan.

Nor Azleen