• Buku & Bahan Bacaan

    Pakej Bestari Bacalah Anakku

    Ada ibu yang beritahu, guru tadika anaknya kata ajar guna Bacalah Anakku. Tapi anaknya tidak pernah bawa balik buku.

    Apabila sudah bulan November ini, anak baru baca Buku 2. Ibu ini susah hati. Jadi berhasrat nak ajar sendiri anaknya.

    Saya cadangkan supaya ibu yang nak ajar anak sendiri dapatkan Pakej Bestari Bacalah Anakku ini.

    Dalamnya ada Siri Bacaan Bacalah Anakku, buku bacaan yang 8 itu. Juga ada 2 buku aktiviti, namanya Fonetik Ekspress 1 dan Fonetik Ekspress 2.

    Lagi ada buku Permainan Kreatif. Buku ini ada panduan cara mengajar secara bertulis dan 30 jenis permainan yang boleh digunakan untuk bermain semasa mengajar anak.

    Ada juga Set Lagu Abu Ada Ayam. Nah, belajar bunyi melalui lagu-lagu. Ada lagi Poster Abu Ada Ayam. Cepat-cepat tampal di dinding supaya anak boleh tengok gambar lagu yang menarik.

    Dan Percuma belon serta button badge. Belon ini pada satu sudut memang sangat menarik untuk anak-anak. Mereka suka. Pada satu sudut lain, apabila ia ditiup-tiup, ia dapat membantu menguatkan otot-otot mulut.

    Apabila otot mulut kuat, mudahlah nak menyebut bunyi dengan betul dan jelas. Button badge pula sematkan di baju semasa nak belajar. Anak lebih mudah nak tune otaknya “sekarang masa belajar”.

    Harga Pakej Bestari ini hanyalah RM90 sahaja.

    Apabila ada bajet lebih, dapatkan sekali buku Rancangan Mengajar. Senang untuk merancang dan menyimpan rekod pengajaran anda. Harganya RM10 sahaja.

    Buat pesanan terus di laman web berikut:
    https://whiztots.onpay.my/order/form/pakejbak
    https://whiztots.onpay.my/order/form/pakejbak
    https://whiztots.onpay.my/order/form/pakejbak

  • Seni Ajar Membaca

    Bermain atau Membaca?

    “Izzah, kat rumah selalu buat apa?”

    “Haa?”, bulat mata Izzah pandang saya.

    “Yalah, masa awak tak sekolah sebelum ini, buat apa je kat rumah?”, saya ulang soalan dengan lebih terperinci.

    “Main”, ujarnya ringkas. Matanya masih mengadap buku sambil tangannya terus menyalin.

    Izzah (bukan nama sebenar), 8 tahun, adalah pelajar cicir. Beliau tidak pernah dihantar ke sekolah oleh ibu bapanya sebelum ini.

    “Main apa?”, tanya saya lagi.

    “Macam-macam. Masak-masak, polis sentri, basikal.”

    Sepanjang berkhidmat 9 tahun sebagai Guru Pemulihan Khas, saya berpeluang bertemu dengan beberapa orang pelajar keciciran. Yang langsung tidak pernah diajar membaca oleh ibu bapanya semasa di rumah.

    Kenapa mereka tidak dihantar ke sekolah, itu cerita lain dan bukan dalam konteks yang ingin saya kongsikan hari ini.

    Sedikit masa dahulu, timbul percanggahan idea antara geng pure play dengan geng bas sekolah, ek eh, geng apa ya nak panggil, geng risau anak ketinggalan di sekolah.

    Geng pure play kata “Mesti kasik anak 0 hingga 6 tahun bermain. Bermain adalah cara kanak-kanak belajar.”

    Geng mak risau pula kata “Anak kalau masuk darjah 1 tak pandai baca akan ketinggalan. Jadi anak mesti diajar membaca sebelum masuk darjah 1”.

    Lebih kurang begitulah. Itu tak termasuk geng-geng tepi lain. Saya ambil kira dua geng utama ni sahaja kali ni ya.

    Izzah tidak pernah diajar membaca di rumah. Bahkan dia tidak diajar apa-apapun. Dia tidak boleh membaca, tidak boleh menulis, tidak boleh mengira.

    Tetapi dia boleh berbual dengan baik, tutur katanya tersusun dan sopan, patuh dengan arahan (sekurang-kurangnya arahan saya) dan sangat menghormati orang lain, samada guru mahupun rakan.

    Tidak pernah sekali saya mendengar beliau memarahi rakannya dengan bahasa yang kasar seperti doh, babi dan sebagainya.

    Apabila ditanya apa yang dibuat di rumah semasa tidak bersekolah (OK, saya memang guru yang penyibuk, ya), beliau kata dia bermain sepanjang hari. Macam-macam permainan dimainkannya. Sesekali ibunya turut sama bermain. Izzah anak tunggal.

    Izzah tidak ada masalah pembelajaran. Walaupun tidak buat ujian IQ, saya pasti IQ Izzah sekurang-kurangnya pada paras normal.

    Saya mengajar Izzah bersama-sama dengan pelajar lain yang telahpun diajar membaca seawal usia 5 ke 6 tahun. Yang pergi ke tadika. Maknanya pelajar lain didedahkan dengan membaca awal 2 ke 3 tahun dari Izzah.

    Izzah dapat membaca lebih cepat dari pelajar lain. Malahan dia juga dapat memahami konsep-konsep dalam matematik lebih awal dan mudah berbanding sebilangan pelajar lain yang telah didedahkan dengan matematik pada usia yang lebih muda.

    Pelajar-pelajar lain juga tiada masalah pembelajaran. Ada masalah keluarga sahaja. Hihi.

    Izzah mungkin hanya kes terpencil. Anak yang diberikan peluang bermain sepenuhnya dan diperkenalkan kepada kemahiran akademik pada usia yang dianggap terlewat oleh kebanyakan kita.

    Tetapi itulah yang berlaku apabila 90% otak berkembang dengan baik pada usia 0 hingga 6 tahun. Otak lebih mudah memahami dan memproses kemahiran akademik, yang mana ianya adalah baki 10% lagi perkembangan otak.

    Terdapat kajian di barat yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang belajar membaca pada usia 7 tahun akhirnya dapat ‘catch up’ dari segi akademik dengan kanak-kanak yang belajar membaca pada usia 5 tahun ketika mereka semua berusia sekitar 10 tahun.

    Saya percaya jika diberikan peluang dan bimbingan yang baik, Izzah akan dapat berada sebaris dengan rakan-rakan di kelas pertama (malahan mungkin lebih baik).

    Tetapi dengan rombakan kurikulum darjah 1 yang berlaku banyak tahun yang lalu, kanak-kanak yang masuk ke darjah 1 tanpa pandai membaca seperti Izzah memang akan ketinggalan jauh.

    Apa yang saya faham, geng pure play mahukan rombakan semula kurikulum darjah 1 supaya kanak-kanak boleh diberikan peluang bermain untuk kesempurnaan 90% perkembangan otak.

    Tetapi bukanlah maksudnya bermain-main. Nah, bermain dengan bermain-main berbeza tau!

    Membaca adalah sebahagian daripada perkembangan bahasa. Dan perkembangan bahasa paling banyak berlaku semasa kanak-kanak bermain.

    Sementara ini, jika kalian rasa perlu dan penting untuk anak belajar membaca sebelum masuk darjah 1, pilihlah kaedah mengajar membaca yang selari dengan bagaimana otak berfungsi: Kaedah Fonik Bacalah Anakku dan Readeasy.

    Semoga bermanfaat.

    Nor Azleen Abd Rahim

    cikgumommy

    P.S.: Izzah telah naik kelas pada tahun berikutnya (melompat 2 kelas, waktu itu kelas masih dalam susunan pencapaian peperiksaan).

  • Tips Bisnes Dari Rumah

    Kerja Kosong: Tutor Part-Time

    ADAKAH ANDA INDIVIDU YANG KAMI CARI? TUTOR SEPARUH MASA DIPERLUKAN!
    .
    Lokasi bekerja:
    Whiztots Literacy Center
    No 49A, Jalan Rambai 12, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor
    .
    Jawatan ditawarkan:
    Tutor (Pembantu Pegawai Operasi)
    .
    Status:

    • Kontrak Part Time
      .
      Hari dan waktu bekerja:
    • Part time: Ahad hingga Khamis (8pm hingga 10pm), 2 kali Sabtu dalam sebulan mengikut keperluan syarikat (8 am hingga 5pm)
      .
      Tugas dan tanggungjawab:
    1. Merancang pelaksanaan kelas mengikut program dan panduan rancangan mengajar yang diberikan.
    2. Menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik hendak diajar.
    3. Melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan.
    4. Membuat laporan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
    5. Mengemaskini fail peribadi pelajar.
    6. Membersihkan dan memastikan bilik kelas dalam keadaan teratur.
    7. Berinteraksi dan memberi respon kepada pertanyaan ibu bapa dalam grup WhatsApp kelas bertanggungjawab.
    8. Sentiasa mengemaskini pengetahuan dan kemahiran mengajar
    9. Lain-lain tugas yang boleh meningkatkan prestasi dan menyumbang ke arah pembangunan syarikat
      .
      Kelayakan dan kemahiran diperlukan:
    10. Pengalaman mengajar atau bekerja adalah lebih berharga daripada sijil, diploma mahupun ijazah.
    11. Pengetahuan dalam perkara berikut amat dialu-alukan: kaedah fonik, Bacalah Anakku, ReadEasy, pengacaraan majlis, teater dan lakonan, persembahan pentas
    12. Berusia 22 tahun ke 35 tahun. Jika lebih dari 35 tahun, tetapi anda sanggup melompat, merangkak, berguling bersama pelajar, boleh memohon.
    13. Sijil, Diploma atau Ijazah dalam apa-apa bidang boleh memohon KECUALI bidang Pendidikan.
    14. Lelaki dan perempuan boleh memohon.
    15. Bujang ataupun berkahwin boleh memohon.
      .
      Kelebihan:
    • Latihan dan kursus disediakan
    • Ganjaran dan bonus mengikut pencapaian
    • Makan malam PERCUMA 1 kali sebulan
    • Pantry penuh setiap masa
      .
      Sila hantarkan surat permohonan dan resume ke team.whiztots@gmail.com
      Sila hantarkan surat permohonan dan resume ke team.whiztots@gmail.com
      Sila hantarkan surat permohonan dan resume ke team.whiztots@gmail.com
      .
      Makluman: panggilan temuduga akan dibuat melalui emel/ WhatsApp.
  • Seni Ajar Membaca

    Ajarlah Anak Mengikut Fitrah

    Beberapa minggu ini, saya dihujani panggilan telefon dan whatsapps dari ibu bapa.

    Semuanya ibu bapa baru yang nak hantar anak ke Whiztots. Gara-gara sudah hampir setahun anak ke tadika (minimum) tapi masih belum boleh membaca.

    Ada yang sudah bertahun-tahun hantar anak ke tadika, mula dari usia 4 tahun. Tapi tiada progress atau progress terlalu sedikit.

    Apabila saya berbual-bual dengan ibu bapa ini, antara perkara yang wajib saya tanya adalah:

    1 – Adakah ibu bapa sudah suarakan kebimbangan ini kepada pihak pengurusan tadika, atau sekurang-kurangnya kepada guru yang mengajar anak;

    2 – Apakah jawapan dari pihak pengurusan tadika, atau sekurang-kurangnya apa respon guru yang mengajar anak;

    3 – Adakah ibu bapa tahu bagaimana guru tadika mengajar anak membaca. Kaedah apakah yang digunakan.

    Majoriti (tidak semua, tetapi 4 daripada 5 ibu bapa) memberi jawapan berikut:

    1. Ya.
    2. Begitulah. Begitulah respon dari pihak pengurusan ataupun dari guru. Tidak ada jawapan spesifik mengapa anak masih belum boleh membaca. Tidak ada cadangan atau saranan bagaimana ibu bapa boleh membantu anak selain daripada “LATIH TUBI”.

    Bahkan, 4 daripada 5 meletakkan punca kepada kelemahan anak yang tidak boleh fokus dalam kelas, tidak mahu duduk diam di kerusi, tidak mahu mendengar cakap guru dan juga suka keluar dari kelas setiap 15 ke 30 minit.

    Tetapi masih juga tiada saranan atau cadangan bagaimana mengatasi isu tersebut.

    1. 4 daripada 5 ibu bapa tidak tahu kaedah digunakan. Ada yang tahu buku yang digunakan. Tetapi tidak pasti bagaimana ia diajar.

    Dan banyak juga yang gunakan buku Bacalah Anakku. OMG!

    Kawan-kawan,

    Jika kalian juga ada anak yang sedang sekolah tadika, dan anak bakal masuk ke Tahun 1 pada tahun 2020. Dan sehingga ke saat ini, anak kalian masih juga belum boleh membaca.

    Bertenang!. Tarik nafas panjang-panjang. Pandanglah anak dengan penuh kasih sayang. Sepertimana saat pertama kalinya kalian melihat dia selepas melahirkan.

    Huhu.

    Ketahuilah tidak ada anak yang tidak mahu membaca. Tidak ada anak yang malas belajar. Tidak ada anak yang terlalu degil sehingga tidak mahu membuka buku, atau tidak mendengar cakap cikgu atau duduk diam membatu di kerusi.

    Yang ada hanyalah anak yang tidak memahami kenapa dia perlu duduk di kerusi. Sedangkan otaknya menyuruh dia melompat berlari.

    Yang ada adalah anak yang tidak mahu melihat buku kerana dia tidak memahami apa yang dilihatnya. Siapalah yang suka melihat sesuatu yang tidak difahami?

    Dulu di kelas pemulihan saya tampalkan kata-kata ini,

    “Jika anak tidak boleh belajar dengan cara kita mengajar, ajarlah anak dengan cara yang dia boleh belajar.”

    Fitrah anak suka bermain. Ajarlah dia dengan cara bermain.

    Fitrah anak suka menyanyi. Ajarlah dia dengan cara menyanyi.

    Fitrah anak suka dimanja. Ajarlah dia dengan penuh kasih sayang.

    Pasti tak rugi. Anak adalah pelaburan yang menguntungkan.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Kursus, Seminar, Bengkel

    Program Lukis Hafal (Surah Ar-Rahman) Bersama Ustaz Kartun

    Program Lukis Hafal (Surah Ar-Rahman) cuti sekolah hujung tahun ini.

    Tarikh : RABU 4 Disember 2019 (9.00am – 4.30pm)

    Tempat : Magicphonics Austin Perdana, Johor Bharu

    Alhamdulillah program ini sudah masuk tahun ke-3.

    Mendorong dan melatih anak-anak menghafal surah menggunakan lukisan kartun mengikut setiap ayat. Dan menerangkan dengan lebih mendalam sehingga anak-anak boleh memahami setiap ayat.

    Mengapa harus anak-anak mengikuti bengkel ini?

    1- Menerangkan dengan lebih mendalam tentang setiap surah sehingga anak-anak boleh memahami setiap ayat.
    2- Memupuk rasa gembira dalam diri anak-anak sewaktu menghafal.
    3- Menggunakan ilustrasi yang menarik yang memberikan gambaran menyeluruh setiap ayat.
    4- Melatih anak-anak dekat dan cinta al-Quran.

    Penggisian:

    Slot 1: Asas melukis kartun.

    Slot 2: Lukis Hafal. Teknik menghafal menggunakan (Peserta akan menghasilkan lukisan mengikut setiap ayat.)

    Slot 3: Ulang Hafalan ( Teknik Storytelling)

    Slot 4: Menghasilkan Komik IBRAH ( Peserta akan menghasilkan komik satumuka berkaitan pengajaran surah yang dipelajari.)

    Penceramah:

    1- Mohd Nasrullah Che Halim (Ustaz Kartun)

    • Guru di Maktab Mahmud Alor Setar
    • Tenaga Pengajar Al-Quran Kaedah Haraki
    • Kartunis

    Pencapaian:

    • Pemenang Anugerah Emas Karnival Kreativiti Inovasi (KKI) 2019 Peringkat Kebangsaan di IPG Besut, Terengganu.
    • Pingat Perak Pertandingan Inovasi Pendidikan (PIP) 2019 Peringkat Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia.

    2- Nur Hidayah Halil

    • Jurulatih Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia
    • Pengasas KALAM (Kit Permainan Bina Ayat Bahasa Arab)

    Pencapaian:

    • Pemenang Anugerah Emas Inovasi Pendidikan Islam & Bahasa Arab Peringkat Kebangsaan (inovis) 2018 di Universiti Sains Islam Malaysia.
      ……………………………………..

    Daftar:
    https://whiztots.onpay.my/order/form/ustazkartun01
    https://whiztots.onpay.my/order/form/ustazkartun01
    https://whiztots.onpay.my/order/form/ustazkartun01

  • Seni Ajar Membaca

    5 Aktiviti Ajar Membaca Untuk Anak 0-2 Tahun

    Membaca adalah sebahagian daripada perkembangan bahasa. Jika nak anak mudah belajar membaca, pastikan perkembangan bahasa anak dipupuk dengan baik.

    Hari ini saya nak kongsikan 5 aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak berusia 0 hingga 2 tahun untuk membantu memupuk perkembangan bahasa mereka.

    Aktiviti 1
    Bercakap dengan anak.

    Nak cakap apa? Cakap apa sahaja. Terutamanya apa yang sedang berlaku disekelilingnya.

    Bila nak mula bercakap dengan anak? Seawal dari dalam kandungan. Semasa mengandung sekitar minggu 23 ke 27, bayi sudah boleh mula mendengar.

    Bagaimana nak bercakap dengan anak? Cakap sahaja macam biasa. Seperti berbual. Bayi berusia 0-2 bulan sudah mula mengeluarkan bunyi-bunyi seperti aaaa dan uuuu.

    Dan siapa yang nak kena cakap dengan anak? Siapa sahaja yang berada di persekitarannya. Ibu, ayah, abang dan kakak, datuk dan nenek, pengasuh. Pendek kata siapa sahaja yang berpeluang berinteraksi dengan anak hendaklah sama-sama membantu proses perkembangan bahasa ini.

    Aktiviti 2
    Akui, acknowledge, ulang semula bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh bayi.

    Bayi berusia 0-2 bulan sudah mula mengeluarkan bunyi-bunyi seperti aaa dan uuu. Ulang semula bunyi ini kepada bayi setiapkali dia mengeluarkannya.

    Begitu juga apabila bayi semakin besar pada usia 7-12 bulan. Bayi akan mula menggabung bunyi seperti maaa, baaa, ulang semula bunyi-bunyi ini setiapkali bayi menyebutnya.

    Aktiviti 3
    Tiru ekspressi wajah bayi dan berlebih-lebihan

    Pernah main baa baa cak dengan bayi? Nah, ini aktiviti yang sangat bayi untuk membuat ekspressi wajah yang berlebih-lebihan.

    Buat muka terperanjat sehingga bayi ketawa terkekeh-kekeh.

    Eh, tapi janganlah pula meniru ekspressi wajah bayi yang menangis sehingga berlebih-lebihan. Kasihan.

    Aktiviti 4
    Bacakan buku cerita setiap hari.

    Kalian boleh gunakan buku yang sama berulangkali. Ini kerana pada kali pertama kalian membacanya, bayi belum boleh menangkap setiap perkataan yang kalian sebutkan.

    Setiap kali kalian mengulang baca, bayi akan dapat mendengar perkataan yang sama berulang kali dan mengingatinya.

    Kajian menunjukkan kanak-kanak lebih sukakan sesuatu yang boleh dijangka, bukan kejutan. Jadi apabila membaca buku yang sama, anak sudah boleh berinteraksi sama kerana mengetahui plot seterusnya.

    Aktiviti 5
    Berikan bayi cermin untuk melihat mulutnya semasa dia membuat bunyi

    Apabila mengajarkan bunyi, penting untuk memastikan kedudukan bibir dan lidah betul. Barulah bunyi yang dikeluarkan juga betul.

    Nah, itu dia 5 aktiviti yang boleh dilakukan bersama bayi berusia 0 hingga 2 tahun. Semoga aktiviti-aktiviti ini dapat membantu perkembangan bahasa bayi kalian.

    Dan apabila perkembangan bahasanya berlaku dengan baik, lebih mudah untuk mengajarkannya membaca kelak.

    Semoga bermanfaat.

    Sumber: Wiring The Brain For Reading

  • Kelas Membaca

    Pendaftaran Intensif Membaca Cuti Sekolah 2019

    Pendaftaran untuk Kelas Intensif Membaca Cuti Sekolah 2019 kini dibuka.

    Boleh daftar terus di link berikut: https://whiztots.onpay.my/order/form/intensifcuti

    Siapa yang boleh join?

    • Anak berusia 5 tahun ke atas.
    • 6 tahun, 7 tahun, 8 tahun dan 9 tahun pun boleh.
    • Anak masih belum kenal ABC.
    • Anak kenal ABC tetapi tidak boleh membaca.
    • Anak boleh membaca tetapi merangkak-rangkak, mengeja-ngeja, TIDAK LANCAR.

    Bagaimana kelas ini dijalankan?

    1. Menggunakan kaedah fonik gabung bunyi atau juga dipanggil synthetic phonics.
    2. Pengajaran dilaksanakan dalam kumpulan kecil. 1 tutor bagi setiap 5 ke 6 anak.
    3. Pembelajaran dilaksanakan berasaskan permainan agar anak mudah ingat dalam masa yang sama berasa seronok.

    Bila?
    Tarikh : 24 November 2019 hingga 25 Disember 2019 (28 hari)
    Hari : Ahad hingga Jumaat
    Masa : 11 pagi hingga 1 tengah hari (2 jam)

    Berapa yuran?
    RM450 sahaja meliputi perkara berikut:

    1. Set buku dan bahan kelas (bernilai RM100)
    2. Kelas membaca selama 54 jam (bernilai RM810)
    3. Seminar fonik x 1 pax adult (bernilai RM50)
    4. Lucky draw x 1 tix (Hadiah bernilai RM599)
    5. T-shirt x 1 helai (anak)
    6. Sijil penyertaan

    Tempat terhad.
    18 pax sahaja (8 lagi kekosongan)

    Daftar terus di:
    https://whiztots.onpay.my/order/form/intensifcuti
    https://whiztots.onpay.my/order/form/intensifcuti
    https://whiztots.onpay.my/order/form/intensifcuti

  • Seni Ajar Membaca

    5 Kelebihan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku

    Dalam Program Intensif Membaca Cuti Sekolah Whiztots, kami menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku.

    Hari ini saya nak kongsikan kelebihan-kelebihan yang anak anda akan perolehi apabila membaca dengan kaedah ini:

    1 Senang

    Dalam kaedah ini anak hanya perlu ingat 28 bunyi sahaja dan menguasai teknik gabung bunyi. Dengan 2 perkara ini, anak akan boleh membaca hampir semua perkataan yang wujud dalam bahasa Malaysia.

    2 Mudah

    Kaedah ini mudah dikuasai anak kerana ianya logik. mmm dengan aaa digabungkan akan jadi “ma”. Cuma ’em’ dengan ‘ei’, jadi apa? Tidak akan jadi “ma”.

    3 Lancar

    Anak membaca lancar dengan menggabung bunyi. Anak tidak mengeja-ngeja dan tidak juga menghafal suku kata. Walaupun perkataan yang baru, perkataan yang tidak pernah diajar, ataupun perkataan yang panjang.

    4 Mengasah Kognitif

    Anak menggunakan pengetahuan akademik iaitu bunyi-bunyi huruf yang diajar dalam mengasah kemahiran kognitifnya, iaitu menggabungkan bunyi-bunyi tersebut semasa membaca.

    5 Pelbagai Bahasa

    Bukan setakat Bahasa Malaysia sahaja, dengan menggunakan pengetahuan gabung bunyi ini, anak akan boleh membaca dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Jawi, Bahasa Arab, bahkan mungkin Tamil dan Mandarin sekalipun asalkan anak diajar bunyi-bunyi dan simbolnya dalam bahasa tersebut.

    Cukuplah setakat 5 ini sahaja kelebihan yang saya kongsikan kali ini. Semoga bermanfaat.

    Klik share ya, terima kasih!

  • Kursus, Seminar, Bengkel

    Whiztots Open & Tutorial Day

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Kami dari Team Whiztots ingin memaklumkan bahawa kami akan mengadakan Hari Terbuka & Kelas Tutorial Fonik Whiztots yang kami namakan WOTD (Whiztots Open & Tutorial Day) . Kelas ini dibuat khas untuk ibu bapa yang ingin mengetahui cara terbaik membantu anak belajar membaca di rumah dengan cepat, mudah dan berkesan.Kelas akan berjalan iaitu :

    Tarikh : 7 Disember 2019

    Hari  : Sabtu

    Masa  : 9:00 pagi – 12:00 tengah hari

    Modul:  Santai Fonik & Parent-teaching meeting 

    Lokasi :   Ruang Seminar Whiztots, No 49A, Jalan Rambai 12, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor

    Berikut adalah maklumat mengenai kelas ini;

    Santai Fonik:

    • Ransang Literasi Awal
    • Keistimewaan Fonik
    • Cara Sebut Bunyi & Aksinya
    • Cara Nyanyi Lagu AAA
    • Tips Ajar Anak Membaca Di Rumah
    • Q & A

    Parent-teacher Meeting:

    • Parents boleh bersemuka dengan tutor untuk berbincang tentang progress anak masing-masing.

    SPECIAL:  kepada yang hadir untuk WOTD ini, kami akan pulangkan bayaran yuran anda dalam bentuk kupon yuran pendaftaran Whiztots.

    Syarat untuk peserta hadir ke kelas:

    1. Terhad kepada  30  orang yang pertama
    2. Anak di bawah usia 18 tahun tidak dibenarkan berada dalam ruang seminar
    3. Isi borang pendaftaran di bawah & terus buat bayaran

    Jumpa anda di Kelas WOTD Whiztots…

    Isi borang pendaftaran di link bawah SEKARANG!

  • Tips Bisnes Dari Rumah

    Pegawai Customer Services Diperlukan SEGERA

    Adakah Anda Individu Yang Kami Cari?
    .
    CUSTOMER SERVICES (Sepenuh Masa) diperlukan segera.
    .
    Whiztots sedang mencari individu untuk bersama kami mengembangkan organisasi ini untuk 2019.
    .
    TUGAS-TUGAS CUSTOMER SERVICES
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    1. Menyediakan dan menghantar invois kepada pelanggan (melalui emel, billplz, whatsapp, sms)
    2. Membuat kutipan yuran dari pelanggan
    3. Mengemaskini sistem maklumat pelanggan
    4. Melayan pertanyaan dan permintaan pelanggan
    5. Membuat survey dan research berkaitan khidmat pelanggan
    6. Mengemaskini pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang tugas
    7. Lain-lain tugas yang boleh membantu meningkatkan prestasi syarikat
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    .
    Kemahiran dan Kelayakan CUSTOMER SERVICES
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    – STPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Diploma dalam apa-apa bidang digalakkan memohon.
    – Mahir mengendalikan komputer terutamanya MS OFFICE
    – Kebolehan mengendalikan sistem BILLPLZ, NIAGAWAN dan ONPAY adalah keutamaan
    – Tiada pengalaman tetapi mahu belajar boleh memohon
    – Menepati masa
    – Berumur 25 hingga 35 tahun
    – Sihat tubuh badan
    – Boleh mengangkat kotak produk (buku)
    – Sanggup menghadiri kursus kelayakan/ peningkatan diri
    – Lelaki/ perempuan boleh memohon
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    .
    Waktu Bekerja CUSTOMER SERVICES
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Ahad hingga Khamis: 1.00 tengah hari hingga 10.00 malam
    JUMAAT CUTI
    DUA KALI SABTU dalam sebulan (MENGIKUT JADUAL YANG DISEDIAKAN)
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    .
    =======
    Keistimewaan
    =======
    1. Training in house diberikan.
    2. Makanan dan minuman disediakan (pantry)
    3. Tempat solat disediakan.
    4. Parking percuma.
    5. Ada wifi.
    6. Berdekatan dengan tempat makan.
    7. Insentif Khas Customer Services
    8. Cuti tahunan
    9. KWSP/ Socso/ EIS
    10. Insurans
    .
    ===========
    Siapa kami?
    ===========
    Whiztots merupakan sebuah syarikat yang berpengalaman dalam bidang perkembangan kanak-kanak selama 3 tahun lebih. Kami menawarkan perkhidmatan kelas membaca fonik, kelas penulisan kreatif dan kelas konsep asas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak sedari 3 tahun 6 bulan dan ke atas. Kami juga mengadakan program cuti sekolah dan kursus kaedah mengajar untuk ibu bapa dan guru.
    .
    Bagaimana untuk memohon?
    .
    1) Hantar email kepada kami: team.whiztots@gmail.com, gunakan TAJUK/ SUBJEK: CUSTOMER SERVICES
    2) Lampirkan resume, sijil STPM, sijil diploma dan jawatan yang di pohon.
    3) Nyatakan di dalam email kenapa kami harus memilih anda untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami.
    .
    Semua jawatan berpusat di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.
    .
    Hanya calon yang disenarai pendek akan diberitahu melalui email/ telefon.
    Harap maklum. Terima kasih.
    .
    .
    WHIZTOTS CEPAT MEMBACA
    NO 49 A, JALAN RAMBAI 12, TAMAN KOTA MASAI, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
    .
    Maklumat lanjut:
    WhatsApp 011-5869-4979 (Liya)
    .
    .