Azmina Tamat Buku 2 Bacalah Anakku

Angah tamat buku 2 Bacalah Anakku hari ini. Bukan main bangga Angah.

Berulang kali cakap nak bawa balik buku ini tunjuk pada abah Ismail Bin Yahya.

Yalah Angah, balik tunjuk abah Angah baca ya.

Angah belajar ikut-ikut sahaja. Tempias dari kakak-kakak dan abang-abang yang belajar dari grup Intensif Membaca Cuti Sekolah 2016 hinggalah ke grup BAK#8 sekarang.

Terima kasih kepada semua yang hantar anak membaca dengan saya sehingga Angah boleh menumpang belajar tidak sengaja.

Masih ingat lagi rasanya masa mula-mula kelas Intensif tahun lepas, Angah duduk di sebalik gril pintu sahaja. Tidak mahu keluar.

Semakin berlalunya masa Angah makin dekat dan dekat. Pernah satu ketika saya mengajar dengan Angah memeluk kaki saya. Hihi.

Sekarang Angah ambil jawatan ketua pelajar Whiztots memandangkan Afiah dah jadi tutor cilik. Hahaha.

Syukur kepada Tuhan. Kita fokus kepada prosesnya. Hasilnya biar Tuhan yang tentukan. Itu kerja Tuhan.

Kalau mak ayah fokus kepada hasil, itulah yang mendatangkan stress bila hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Kita buat kerja kita dan biarlah Tuhan buat kerjaNya. Dengan izin Tuhan segalanya bisa terjadi. Tiada yang mustahil.

Angah 3 tahun 4 bulan.

Proses Angah belajar ada saya kongsikan pada kepsyen video Angah membaca di bawah.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy yang berusaha

Pak Hasan Dan Babi

Seronok kami menyanyi lagu Pak Hasan ada ladang dalam kereta menuju ke majlis perkahwinan.

Mula-mula tukar kepada “na ni nu ne no” sebab nak buat bunyi kuda. “Neh neh”.

Kemudian Afiah kata Pak Hasan ada pig.

Mommy pun dengan yakinnya menyanyi.

Pak Hasan ada ladang a i u e o

Di ladangnya ada babi a i u e o

Oink oink sini oink oink sana

Oink oink.

Ek eh kakak, Pak Hasan tak boleh bela babi.

Kenapa?

Babi haram dimakan.

Dan seterusnya adalah saya memberitahu Afiah tentang halal haram pula.

Nor Azleen, Abd Rahim.

#cikgumommy hati-hati semasa menyanyi

Read Aloud – Allah’s Creation

https://www.facebook.com/cikguazleen79/posts/10212172016668209

Susah sangat nak suruh mandi, maka mommy pun buat satu sesi membaca lantang sebagai ganjaran sebelum mandi.

Lepas mandi nanti, Angah dah susun satu lagi buku untuk sesi membaca lantang.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy berlatih membaca lantang

P.s.: Maafkan ketidaksempurnaan sebutan. Saya sedang berusaha memperbaikinya.

Apa Yang Boleh Ibu Ajar Anak Homeschool Sambil Memandu Kereta?

Ramai ibu rasa susah nak ajar anak.

Anak rejek, anak tak nak belajar, sekejap jer dan macam- macam hal lagi yang berlaku.

Jom saya share bagaimana saya masukkan elemen belajar dalam kehidupan seharian kami sehingga anak tak perasan pun yang dia sedang belajar.

Kali ni sambil drive dalam kereta dengan 3 anak – huhu pertama kali dengan 3 anak.

Jom tengok..

Nor Azleen Abd Rahim
Professional Mommy