Adik Thaqif Dan Adik Bella Tamatkan Bacalah Anakku Dalam 49 Sesi Bersemuka. Tahniah!

Hari ini saya hendak memberi penghargaan kepada anak-anak yang telah tamat membaca Bacalah Anakku. Alhamdulillah, ini adalah anak-anak dari grup kedua.

Yang pertamanya, Adik Thaqif, berusia 5 tahun 10 bulan. Masa memulakan kelas, Adik Thaqif dah boleh membaca sedikit-sedikit seperti buku, baca, mana. Tapi mengeja-ngeja dan tidak dapat membaca perkataan dengan suku kata tertutup seperti ikan, makan, pahat.

Alhamdulillah, sekarang ini dah boleh baca laju macam keretapi ETS. Buku cerita pun boleh baca. Mak pun rasa gembira.

Adik Thaqif memulakan kelas pada 3 April 2017. Kemudian bercuti sepanjang bulan Ramadhan. Kelas terakhir beliau adalah pada 29 September 2017.

Adik Thaqif berjaya menamatkan Bacalah Anakku dalam 49 sesi bersemuka.

Yang keduanya, ada Adik Bella yang berusia 7 tahun. Masa mula masuk kelas, susah benar nak dengar suaranya. Sampai kena usik dengan kawan-kawan lelaki. Mujurlah Adik Bella tabah orangnya.

Tapi bila dah boleh membaca, semakin lancar membaca semakin kuat suaranya. Sehingga berani menegur kawan-kawan lelaki yang mengusiknya.

Membaca membantu membina keyakinan diri anak-anak.

Adik Bella juga memulakan kelas pada 3 April 2017. Bercuti sepanjang bulan Ramadhan. Dan kelas terakhirnya pada 15 September 2017.

Adik Bella berjaya menamatkan Bacalah Anakku dalam 49 sesi bersemuka.

Tahniah diucapkan kepada Adik Thaqif dan Adik Bella. Semoga terus berlatih membaca dan menjadi pembaca berdikari (Independent Reader).

InsyaAllah, nanti cukup korum kita mulakan kelas Read Easy pula ya.

————-

Pendaftaran Kelas Membaca dibuka sekarang.

Boleh daftar secara online di:

bit.ly/daftarwhiztots

bit.ly/daftarwhiztots

bit.ly/daftarwhiztots

Atau

WhatsApps ke 0173329298

WhatsApps ke 0173329298

WhatsApps ke 0173329298

————-

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

WhizTots BAK #1: Perkataan Akhiran /s/ dan /l/

Buat buku mini malam ni 😍😍😍

Lipat-lipat kertas, nasib baik menjadi..

Dapat idea ni dari bengkel pembelajaran abad 21 pemulihan khas pasir gudang.

Lepas tu tulis perkataan diajar dalam buku mini.

Lepas tulis ada ruang kosong lagi, boleh lukis pulak..

Biar murid bagi idea apa yang nak dilukis.

Suruh lukis polis, dia nak lukis kereta polis – ok, layanzzzzz…

Boring tulis?

Kita guna sticker pulak.. tulis kat sticker, kemudian tampal dalam buku..

Kadang-kadang ada murid yang sukar nak tampal sticker dalam garisan lurus..

Bantu dengan buat garisan ruang tampal sticker..

Nah, barulah perkataan boleh dibaca.

Cikgu mommy bagi 5 bintang tanda sayang 😍😍😍

Selamat malam dari saya Nor Azleen Abd Rahim, professional mommy yang suka ajar anak sekecil 4 hingga 9 tahun belajar membaca dengan cepat, mudah dan seronok.

Aktiviti Mengingat Bentuk Huruf Dengan Playdoh

Assalam,

Ini adalah satu lagi aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengukuhkan ingatan anak terhadap bentuk huruf bunyi yang diajar.

Gunakan play-doh untuk membuat bentuk huruf tersebut.

Bagi anak yang boleh visualisasi bentuk huruf, biarkan mereka buat secara bebas.

Jika sukar, berikan panduan kad huruf.

Jika anak tidak dapat membuat dengan melihat kad tersebut, biarkan mereka menyurih bentuk huruf di atas kad.

Selamat belajar satu bunyi.

Dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy yang sangat suka homeschooling dan mengajar anak-anak membaca dengan kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku.

Permainan Pijak Kad Bunyi

Assalam,

Kerja untuk kanak-kanak adalah bermain.

Apabila bermain, kanak-kanak belajar banyak benda.

Lihat dalam video berikut ni..

Aktiviti permainan Pijak Kad Bunyi ini direka untuk mengajar anak satu bunyi.

Tetapi dalam bermain permainan ini, anak juga belajar perkara lain seperti:

  • Mematuhi peraturan permainan
  • Mengikut giliran
  • Bertolak ansur
  • Membezakan bentuk huruf

Itu tidak termasuk dengan latihan psikomoto yang berlaku tanda sedar..

Nah, permainan yang simple tetapi penuh makna dan bermanfaat.

Selamat mencuba..

Dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy yang sukakan homeschooling dan mengajar anak-anak membaca dengan kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku.

Aktiviti Asosiasi Aksi Untuk Mengingat Bunyi

Assalam,

Seringkali kalau ajar bunyi sahaja dan paksa anak ingat bunyi tersebut agak membosankan dan memberi tekanan.

Ini kerana kajian menunjukkan bahawa seseorang lebih mengingati sesuatu perkara apabila ia memberikan efek emosi ke atasnya.

Maka, pembelajaran haruslah dibuatkan menarik dan menyeronokkan.

Salah satu teknik untuk membolehkan anak rasa seronok sewaktu belajar satu bunyi adalah dengan mengaitkan (asosiasi) bunyi tersebut dengan sesuatu aksi yang relevan.

Contohnya dalam video ini, kami kaitkan bunyi /u/ dengan ulat yang berjalan di pokok.

Lebih menarik lagi, kerana di hujung dahan pokok, ulat menggeletek pokok.

Terkekeh-kekeh anak ketawa. Bahkan semua mahu bergilir-gilir menjadi pokok dan ulat.

Bila seronok begini, anda rasa anak boleh ingat tak bunyi /u/?

Sekian dahulu dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy, yang mempunyai minat mendalam tentang homeschooling dan mengajar kelas cepat membaca kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku.

Layan video ni..