Susah

“Afiah hari-hari nak lukislah mommy. Tapi Afiah dah tak tahu nak lukis apa.”

Mommy kelip-kelip mata pandang Afiah yang sakan mengomel.

“Afiah lukislah apa yang Afiah nampak.”

“Haa?”

Giliran Afiah pula membulatkan mata memandang saya, tanda tidak faham.

“Lukis apa yang Afiah nampak.” Saya ulang sekali lagi.

Afiah masih memandang saya sambil kelopak matanya terkelip-kelip macam giginya yang dah bergoyang-goyang di hadapan tu.

“Contoh kalau Afiah duduk kat luar, Afiah pandang depan nampak apa. Itulah yang Afiah lukis. Kalau Afiah nampak padang, Afiah lukislah padang.”

“Ooooo” beriya-iya Afiah mengangguk-ngangguk macam burung kakak tua.

“Kalau nak lukis rumah ini pun boleh?”

“Boleh.”

“Oooo.” Lagi.

“Kalau Afiah duduk dalam bilik ini, Afiah lukis katil ini pun boleh?” Sambung Afiah sambil menggayakan tempat yang dia berhajat hendak duduk dalam bilik ini untuk melukis.

“ ya, boleh.”

“Tapi, susah. Afiah tidak pandai.” Raut wajahnya sedih.

“Afiah belum cuba lagi kan? Kalau belum cuba, mana Afiah tahu susah dan tidak pandai?”

“Betul juga kan.” Angguk lagi macam burung kakak tua.

“Afiah akan cuba dahulu, mommy”

Ya, itulah semangat yang mommy mahu.

Duhai anak, jangan biarkan sesiapapun memberitahumu bahawa engkau tidak mampu melakukan sesuatu perkara yang engkau hajati.

Jangan biarkan sesiapapun berkata begitu kepadamu, walaupun aku ibumu.

Itu janji saya pada Afiah sedari dia kecil.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Tutor Cilik Fonik Bacalah Anakku

Semasa dalam kereta tadi, saya terdengar Afiah mengulang skrip mengajar fonik cuba mengajar Azmina. Dan Azmina pula respon bukan main beriya walhal dia dah tahu pun semua itu. Bekerjasama dua beradik ini.

Dari skrip awal, “Kakak nak ajar Angah satu bunyi, nak dengar tak?”

Sampailah kepada membuat asosiasi aksi.

Tak tahan saya lantas dalam gelap pun saya angkat juga telefon cuba merekod video permainan mereka.

Afiah tanya juga, “Mommy lepas ini nak ajar simbol kan?”

Macamana nak ajar simbol, tiada bawa kad dalam kereta. Lagipun hari malam, tidak nampak bagaimana nak tunjuk simbol.

Berakhirlah sesi mengajar setakat sampai menyanyi lagu Abu Ada Ayam sahaja.

Jadilah tutor cilik, tahun depan sudah boleh pergi training dengan ReadNetwork dan Maktok Nik Eliani Nik Nawi dan mula mengajar di Whiztots Cepat Membaca ya. Berapa gaji mahu? Hahaha.

Begitulah, tak susah pun sangat sebenarnya nak mengajar fonik ini. Anak kecil pun mampu buat.

Sebabnya segalanya telah disusun oleh pihak Read Network. Sampaikan skrip mengajar pun ada.

Itulah kenapa Afiah boleh tahu skrip-skrip ini kerana saban hari asyik mendengar mommy mengulang skrip yang sama. Cuma tukar bunyi sahaja.

Yang pentingnya, bila mahu mula mengajar fonik kena buka minda dan buka hati.

Terima fonik sepenuhnya. Ia telah dibuktikan secara sains neurologi bahawa bersesuaian dengan bagaimana otak berfungsi. Tidak memberikan tekanan tambahan yang tidak perlu kepada otak.

Berikan masa untuk anda menerima fonik ini sepenuhnya. Untuk skrip-skrip mengajar itu menjadi sebahagian dari diri anda, sehingga anda menjadi sangat selesa dengannya. Barulah ubahsuai skrip itu mengikut personaliti anda.

Kadang-kadang saya terasa mengajar fonik ini juga macam Multi-Level Marketing.

Do Not Re-Invent The Wheel! Just follow and do it.

Selepas sebati barulah sesuaikan dengan personaliti anda.

Selamat berfonik.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Little Readers Experience

Dengan Afiah, saya buat kaedah whole language approach sejak dari usia sebulan. Guna little readers.

Takler konsisten sangat.. 😂 mommy kengkadang rajin tak rajin..

Dari kecil saya perasan dia ada satu sifat pelik..

Bila dia dah tahu sesuatu, dia saje jer buat yang salah.

Sekarang ni dia dah boleh membaca, tapi ya Allah nak tunggu dia habiskan buku 8 tu.. mencabar jiwa..

Baca komik laju jer.. 🤢

Whateverlah nak.. mommy layan jer..

Deep inside I know you can do it..

Luahan hati Nor Azleen Abd Rahim mommy professional yang dapat hilang 1.6 kg minggu bersama buku 21 Hari Cabaran Untuk Kurus. 🤣🤣

Ajar Anak Membaca Kaedah Whole Language Approach

Ni zaman kegelapan 😭 tapi taklah gelap gelita..

Mujur ada sedikit sinar cahaya..

Masa ni saya nak ajar afiah baca guna kaedah whole word.

Tau berapa banyak flash card kena buat?

Astaghfirullah, sangat banyak..

Sebanyak perkataan yang kita ada 😭

Masa tu tak kenal fonik.

Tau fonik tapi tak kenal, maka takler cinta…

Mujur ada pamoga.. eh, bacalah anakku..

Nor Azleen Abd Rahim
Professional Mommy

Afiah Yang Montel

Kalau Afiah lihat saya post gambar ni sebentar nanti, dia akan marah..

Sebab dia sangat montel dalam gambar ini..

Hahaha.. dia tak kasik saya post apa-apa yang menampakkan dia gemuk..

Eh, budak kecik gemuk montel dan chubby apa..

Tapi saya rasa 20 tahun lagi, dia akan gembira melihat gambar ini..

Ini Afiah bersama neneknya (ibu saya).

Dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy yang sangat sayangkan anak-anaknya.