Bayi Muntah Bila Menyusu?

Isyraq selalu muntah..

Tapi takdelah saya risau sangat – sebab dia kentut, perutnya tidak keras, kelakuan normal, dan muntahnya hanya semasa atau selepas menyusu.

Selain tu ianya juga tidak projectile. Lebih kepada macam meleleh gitu.

Ketiga-tiga anak macam ni juga.

Yang tak bestnya adalah mommy bau masam susu jer.

Abis tudung dan baju bercorak muntah susu.

Mak-mak kalau tengok mungkin paham.

Yang belum mak-mak tu agaknya apalah dalam pikiran mereka. Selekeh benor hakak ni 😅

Anyway, thanks dr Hairin Anisa Tajuddin sharekan pasal topik ni..

Juga ada tips dan triks untuk cuba atasi isu ini.

Saya dah cuba setakat beberapa jam yang lepas ni..

Harapnya positif..

Nor Azleen Abd Rahim
Professional Mommy

Carilah Ilmu Breastfeeding Sedari Pregnant Lagi

Kalau berniat nak breastfeed anak, carilah lc atau pc sebagai rujukan semasa mengandung lagi..

Benar breastfeed itu natural tapi tak semua orang dapat melaluinya dengan mudah dan senang.

Saya sendiri bila jaundice Isyraq tak turun-turun tempoh hari, saya rujuk ke Dr Hairin Anisa Tajuddin

Doktor dari Penawar Pasir Gudang tanya kenapa jauh sangat pergi..

Sebab saya tahu isu saya adalah breastfeeding. Masalah latching due to dot dot dot 😅

So kenalah setelkan masalah breastfeeding dahulu barulah setelkan jaundice..

Kalau jumpa bukan pada ahlinya, memang dapatlah saranan seperti sila tukar fm, susu ibu anda tidak sesuai untuk bayi 🤢

Jom join Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru untuk networking dengan lc dan pc johor. Senang nak rujuk nanti. 😍

Nor Azleen Abd Rahim
Professional Mommy

TB masa bersalin Azmina saya langsung tiada isi breastfeeding, mungkin kerana waktu tu saya dah minta lc Azwana Mohd Hasan datang masa bersalin di hospital.