Phonemic Playgrup Sunday

Hari ini kali pertama kelas beroperasi di rumah baru Whiztots Cepat Membaca. Dirasmikan oleh kelas Phonemic Playgroup Sunday (PPS).

PPS ini dibuka untuk anak-anak berusia 3 tahun 6 bulan ke atas. Anak pelat, pendiam, bercakap bahasa alien, semua boleh sertai.

Jika anak belum pandai urus diri sendiri, ibu bapa perlu tunggu anak. Jika sudah pandai, boleh tinggalkan sahaja.

Dalam kelas PPS, kita buat aktiviti-aktiviti yang membantu anak menguasai kemahiran asas untuk belajar membaca serta kemahiran fonemik.

Apabila semua kemahiran asas ini telah dikuasai bolehlah mulakan kelas membaca pula. Dengan izin Tuhan, anak yang sempurna kemahiran asasnya akan dapat belajar membaca dengan lebih mudah dan cepat.

Ibu bapa yang hadir hari ini seronok dengan kelas. Dari yang cuma nak cuba sekali sahaja, terus tempah untuk kelas minggu hadapan.

Ada juga yang dah tempah kelas hari Ahad sahaja, bulan depan mahu tempah kelas tiga hari seminggu pula.

Berapa cepat anak boleh kuasai kemahiran asas ini? Bergantung kepada anak.

Tiada gunanya kita memaksa anak menerima kemahiran ini melampaui kesediaan otaknya. Kita ikut sahaja prosesnya.

Tugas ibu bapa adalah menyediakan ruang dan peluang untuk anak menerokai keupayaan diri mereka. Tugas anak untuk melaksanakannya atas kehendak sendiri.

Untuk maklumat lanjut, boleh whatsapps Azleen 0173329298 atau Aini 0173891909.

Wasap.my/+60173329198/phonemic

Wasap.my/+60173891909/phonemic

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Tips Tingkatkan Kesedaran Fonemik Anak 2 ke 4 Tahun

Malam tadi kali pertama Angah berjaya siapkan aktiviti dengan lengkap tanpa bantuan.

Dah matang agaknya. Hahaha. Bukan main gembira dan bangga bila mommy suruh ambil gambar.

Angah baru 3 tahun. Dia cuma menumpang-numpang kelas yang saya ajar.

Masa mula-mula saya start kelas bulan 11 tahun 2016, Angah cuma perhati di muka pintu. Dari hari ke hari semakin dekat dengan meja kami belajar.

Kemudian dia duduk di kaki saya semasa saya mengajar. Saya mula berikan dia kerusi di sebelah saya.

Selepas beberapa minggu, dia minta buat aktiviti juga. Jadi dudukkan dia di hujung meja kidney.

Sekarang, Angah jadi penolong ketua kelas. Hahaha. Ketua kelas kan Afiah. Angah yang susunkan kerusi, letakkan mangkuk dan pilih sendiri tempat duduk dia.

Angah dah boleh gabung bunyi secara lisan, apa-apa bunyi, juga mengeja perkataan mudah seperti ibu, abu, ini, ani, juga secara lisan sahaja. Seringkali salah dan kami ketawa gembira.

Sekarang dia mula cuba menggabung bunyi yang pelik-pelik, seperti /k/ dengan /b/. Mommy jawab “kb”. Dan dia ketawa besar geli hati.

1. Nak ajar anak 2 ke 4 tahun membaca adalah lebih mudah dari mengajar anak yang sudah masuk ke sekolah. Tetapi pengajaran tidak boleh dibuat secara formal atau dengan duduk di kerusi dan meja.

2. Jika ada anak lain yang lebih tua daripadanya, fokus mengajar anak yang lebih tua itu. Tetapi bahan-bahan pengajaran haruslah disediakan juga untuk anak yang kecil ini. Mereka sedang kuat semangatnya untuk meniru perbuatan orang lain.

3. Mulakan dengan yang lisan sahaja. Buat aktiviti-aktiviti yang menggalakkan kesedaran fonemik. Tingkatkan keupayaan anak untuk mendengar dan membezakan bunyi-bunyi.

4. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah perdengarkan pelbagai jenis bunyi dan lihat jika anak boleh menyebutnya. Bunyi boleh dibuat menggunakan mulut ataupun gunakan kemudahan teknologi voice recorder pada handphone.

Bunyi-bunyi yang boleh digunakan adalah bunyi binatang seperti burung dan ayam, bunyi peralatan rumah seperti vakum dan kipas, bunyi kenderaan seperti kereta dan motor, serta apa-apa bunyi lain yang boleh anda fikirkan.

5. Saya suka permainan “Sebut Hooray” yang ada dikongsikan dalam buku Permainan Kreatif keluaran Read Network. Rakam 10 ke 15 bunyi yang berlainan, dan sebut hooray bila mendengar bunyi yang sedang diajar.

6. Aktiviti mesti dibuat secara santai dan dalam suasana yang menyeronokkan. Banyakkan ketawa. Anak 2 ke 4 tahun masih jauh perjalanannya dan tidak perlu terkejar-kejar.

Membaca bukanlah satu perlumbaan.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy feeling proud of Angah accomplishment

Kelas Phonemic Awareness #1: Jom Belajar /a/

 

Sesi kedua malam ini..

Ada yang geli-geli nak pegang water colour ngan jari..

Ada yang confused nak guna tangan kiri ke tangan kanan..

Hehe.

Dan macam biasa, ada yang tak nak balik..

Nak baca buku (tengok gambar lah kan sebenarnya)…

Nak main dulu..

Dan ada yang jeles kenapa afiah dan azmina tak payah balik 🤢

Nor Azleen Abd Rahim
Professional Mommy

 

 

 

 

 

Phonemic Awareness #1: Ice Breaking Session

Kelas pertama malam ni..

Angah pun join sama – murid paling muda 😄 2 tahun 8 bulan ya

Dah anak2 yang lain marah bila Afiah dan Azmina panggil mommy..

Cikgu lah, bukan mommy 😂

Rabu kita jumpa lagi ya anak-anak..

Hari ni buat ice breaking jer.. tunggu Rabu nanti 😍

Nor Azleen Abd Rahim
Professional Mommy