Aktiviti & Permainan Kreatif

Permainan Kreatif /b/

Malam ini belajar bunyi /b/ sambil main bola keranjang.

Mulanya cikgu demo. Cikgu sakit lutut yang demo. Haha.

Dan mereka pun ikut gaya cikgu sakit lutut. Alahai anak.

Kemudian cikgu terangkan yang cikgu sakit lutut. Cikgu nak mereka buat dengan lebih laju.

Huh, sama sahaja. Pergerakan fizikal mereka agak terbatas. Kurang berlari, melompat dan memanjat.

Ada yang tidak dapat melompat langsung. Aduh duh. Terpaksa cikgu sakit lutut dukungkan supaya dapat juga yang tidak melompat itu tepuk /b/ yang di atas.

Mak ayah, anak-anak kecil mesti diberi peluang berlari, melompat dan memanjat. Aktiviti yang nampak macam bahaya serta kasar ini akan membantu otak anak-anak berkembang sepenuhnya.

Usah dihalang-halang dan asyik disuruh duduk sahaja. Yang suka duduk itu kita, orang dewasa. Kanak-kanak berikan mereka peluang mengekplorasi dalam ruang yang selamat.

Sediakan ruang yang selamat itu untuk mereka.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy sakit lutut

https://youtu.be/HE73bNsLBZQ

Leave a Reply