• Kesihatan & Fitness

    Hari ke-empat

    Semalam dalam kesibukan melayan anak-anak tak sempat dan terlupa nak menulis catatan harian.

    Hari ni kita cuba lagi.

    Bangun pagi tetapi masih lagi tidur semula selepas vc b. Entahlah bila nak timbul kekuatan itu. Kena paksa diri ini sebenarnya kan.

    Makan huru hara sikit hari ni. Atas permintaan Afiah, saya masak ayam kurma. Tiba-tiba pula rasa nak sesuaikan ayam kurma tu, saya masaklah nasi minyak.

    Tapi sebab semalam tak terfikir nak masak nasi minyak, sayur yang ada cumalah kangkung, jadi buatlah kangkung goreng belacan.

    Makan dua kali sambil suapkan anak-anak. Masing-masing manja tak pandai suap sendiri bila sampai sini.

    Tak apalah, seminggu sekali jer pun. Jadi saya layabkan aje. Sambil tu berbual-bual.

    Hampir terlupa nak exercise. Tapi gagahkan hati. Benarlah apa-apa yang kita baru nak jadikan habit, memang kena paksa.

    Dapatlah buat lebih sikit dari 30 minit, sambil tu ada berhenti setelkan anak-anak mandi.

    Yang bestnya adalah bila tengah-tengah bersenam, jam bagi petanda yang dah berjaya capai target steps pada hari ini.

    Perghhhh, hari ni lebih 5000 steps.

    Bagi orang yang average stepsnya adalah 2000 je, memang bangga gile. Small steps untuk mencapai 10k.

    Saya tahu bahawa badan saya naik sebab saya kurang bergerak. Memang saya makan tu kadang2 banyak, tapi banyak hari yang saya makan kurang dari kalori.

    Jadi sepatutnya ada kalori defisit. Tapi bila saya kurang bergerak, kalori defisit itu tidak membantu saya untuk mengurangkan lemak.

    Saya mesti bersenam. Mesti mengubah habit dan lifestyle saya.

    Saya nak jadi diri saya yang lebih baik.

  • Tips Bisnes Dari Rumah

    Talent Diperlukan (TUTOR)

    TUTOR (SEPENUH MASA)
    KELAS MEMBACA ONLINE WHIZTOTS
    PASIR GUDANG, JOHOR
    BOLEH BEKERJA DARI MANA-MANA LOKASI DI MALAYSIA (REMOTE)
    BASIC RM1,200 + ELAUN KPI RM300 SEBULAN

    .


    .

    Kami mencari individu komited dan bertanggungjawab yang mampu membantu menguruskan perkembangan pelajar.

    .

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

    1. Merancang pelaksanaan kelas mengikut program dan panduan rancangan mengajar yang diberikan.
    2. Menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik hendak diajar.
    3. Melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan.
    4. Membuat laporan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
    5. Mengemaskini fail peribadi pelajar.
    6. Menghadiri kursus/ kelas/ seminar/ latihan peningkatan kendiri yang ditetapkan oleh syarikat
    7. Berinteraksi dan memberi respon kepada pertanyaan ibu bapa dalam grup WhatsApp kelas bertanggungjawab.
    8. Menjalankan tugas-tugas lain yang dianggap perlu dalam memberi sumbangan kepada kejayaan syarikat.

    .

    KELAYAKAN DAN KEMAHIRAN DIPERLUKAN:

    1. Minimum SPM/ STPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia
    2. Sijil, Diploma atau Ijazah dalam apa-apa bidang boleh memohon KECUALI bidang Pendidikan.
    3. Mesra, penyabar dan penyayang khususnya kepada kanak-kanak
    4. Berperwatakan ceria dan mempunyai unsur kecindan
    5. Boleh bekerja dalam kumpulan (team player)
    6. Menepati masa
    7. Boleh berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia
    8. Keutamaan jika boleh berbahasa Inggeris dengan baik
    9. Mempunyai laptop sendiri yang boleh mengendalikan sekurang-kurangnya aplikasi Zoom, PowerPoint, Internet, WhatsApp, Google Docs, Trello, Telegram
    10. Mempunyai talian internet yang stabil untuk menjalankan kelas melalui aplikasi Zoom.
    11. Pengetahuan dalam perkara berikut amat dialu-alukan: kaedah fonik, Bacalah Anakku, ReadEasy, pengacaraan majlis, teater dan lakonan, persembahan pentas
    12. Berusia 22 tahun ke 35 tahun.
    13. Lelaki dan perempuan boleh memohon.
    14. Bujang ataupun berkahwin boleh memohon.
    15. Warganegara Malaysia

    .

    TARIKH DIJANGKA BERMULA: Januari 2021

    .

    STATUS: Kontrak 12 bulan

    .

    TEMPOH PERCUBAAN: 3 ke 6 bulan

    .

    HARI DAN WAKTU BEKERJA:
    Ahad hingga Jumaat (4pm – 10pm)
    Sabtu pertama setiap bulan (8am – 2pm)

    .

    IMBUHAN:

    • latihan berterusan diberikan
    • Bonus Performance (tahunan)
    • Claim medical outpatient (RM200 setahun)

    .

    CUTI:

    • Cuti umum (10 hari setahun)
    • Setiap hari Sabtu (kecuali Sabtu pertama setiap bulan)
    • Cuti rehat tahunan 7 hari (selepas tamat tempoh percubaan)
    • Cuti sakit 7 hari setahun (selepas tamat tempoh percubaan)

    .

    KPI:

    1. Mengajar minimum 12 pelajar dalam sebulan
    2. Setiap pelajar diajar 8 sesi setiap bulan
    3. Menghantar laporan perkembangan pelajar sebelum 3hb bulan berikutnya
    4. Mematuhi jadual waktu yang ditetapkan
    5. Menghadiri sesi latihan sekurang-kurangnya 1x setiap bulan mengikut jadual ditetapkan syarikat

    .

    Interview akan dijalankan melalui Zoom.

    .


    .

    Sila hantarkan SURAT PERMOHONAN DAN RESUME ke emel whiztots@gmail.com
    Sila hantarkan SURAT PERMOHONAN DAN RESUME ke emel whiztots@gmail.com
    Sila hantarkan SURAT PERMOHONAN DAN RESUME ke emel whiztots@gmail.com

    .

    *WhatsApp, telefon atau DM tidak akan dilayan sama sekali.

  • Kesihatan & Fitness

    Hari kedua

    1st, walaupun pagi tadi bangun pukul 7, lepas vc b, sekali lagi aku tidur. Tapi sejam je hari ni. Selepas beberapa kali snooze alarm akhirnya bangun 9.30. Sebab ada appointment pukul 10.

    Aku kena buat lebih banyak appointment waktu pagi nampaknya untuk memaksa diri bangun.

    2nd, breakfast makan nugget, kentang dan telur.

    Kemudian lunch makan nasi,’ayam asam pedas bersama bendi dan ikan goreng.

    Dinner pula makan nugget dan kentang.

    Bukan pilihan yang sihat tapi nak perabiskan isi dalam peti ais. Tapi bila pikir2 kan kembali, siapa yang paksa aku perabiskan.

    Nanti bila habis aku akan beli baru juga kan. Sepatutnya aku biarkan saja. Tunggu anak2 balik sini boleh masak untuk diorang.

    3rd, hari ni berjaya paksakan diri lagi bersenam 30 minit. Alhamdulillah.

    Jumlah step meningkat ke 4,755. Sikit2 kita naikkan sampai cecah 10k ya.

    Dan sekarang 11.30 malam aku dah baring atas katil. Harapnya dapat tidur awal.

    Esok plannya lepas vc b aku nak workout terus 30 minit.

    Breakfast esok kita buat omelette dengan tomato dan bayam. Lunch makan nasi goreng ikan. Dan untuk dinner, kita masak bihun sup.

    Kena beli sedikit groceries esok.

  • Kesihatan & Fitness

    Hari pertama

    Jom kita reflect apa yang saya dah buat hari ini.

    1st, tadi pagi bangun pukul 7, tapi lepas vc ngan b, saya tidur balik sampai pukul 12. Hmmm rugi rugi.

    2nd, pasal makan lak. Breakfast makan telur separuh masak 2 biji, lempeng 3 keping. Kemudian lunch makan buah rockmelon dan juga nasi beriani ayam bakar. Dinner makan megi telur.

    Dah lama tak mengira kalori, rasanya lebih bajet juga tu.

    3rd, pasal senaman. Hari ni berjaya bersenam selama 30 minit dan jumlah step 3,755.

    Apa halangan hari ini? Rasa malas kot.

    Apa yang saya nak buat esok?

    1st, breakfast esok pagi adalah telur 2 biji dan nugget. Lunch makan nasi, lauk kari ayam dan juga sayur bayam. Dinner pula tempe goreng.

    2nd, besok kita bangun pukul 7 dan terus mandi. Lepas vc b, boleh terus buat kerja. Lagipun nampaknya esok kita kena buat pergi beli buah dan sayur.

    3rd, kita kekalkan senaman 30 minit esok. Cuba buat pagi. Dan steps tidak kurang 3,755 steps.

    Saya pernah hidup dengan healthy lifestyle sebelum ni.

    Saya pernah bangun pukul 5 pagi setiap hari dan masih lagi bersenam dan menjaga pemakanan.

    Saya pernah tidak makan karbohidrat dan makan secara sihat.

    Saya pernah bersenam setiap hari.

    Jadi, saya mesti boleh melakukan semua ini semula.

    Ingat rule 21:90. 21 hari untuk ianya menjadi tabiat dan 90 hari untuk ianya menjadi lifestyle.

    I can do this!

  • Kesihatan & Fitness

    Berat Naik?

    Pagi tadi sajelah naik penimbang. Lama dah tak naik timbang ni.

    Tiba-tiba…

    Alamak, berat naik 5 kg weh.

    Adus dah serius sangat ni. Memang terasa badan berat akhir-akhir ni tapi tak sangka per pula sebanyak tu.

    Maka dengan ini marilah kita berikrar untuk hidup lebih sihat.

    Ini plan saya:

    Pertama, jaga waktu tidur dan rehat. 10 malam dah mula berehat dan baring. Bangun 6 pagi.

    Kedua, jaga makan. Pagi telur, buah dan oat. Tengah hari nasi campur. Malam, protein dan sayur. Sebelum tidur, susu.

    Ketiga, workout. Kita cuba mulakan dengan setengah jam sehari ya.

    Aduhhh risau betul ni.

  • Kelas Membaca

    Kelas Bacalah Anakku Batch #01

    Kelas Bacalah Anakku Whiztots adalah kelas online Zoom untuk anak berusia 5 tahun ke atas mula belajar membaca bahasa Malaysia menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku yang terbukti cepat, mudah dan berkesan.

    PAKEJ PREMIUM HANYA RM220 – untuk 20 orang pertama sahaja
    8x sesi kelas online mastery bernilai RM160
    4x sesi kelas online pengenalan fonik bernilai RM100
    1x set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku bernilai RM47
    1x set Siri Bacaan Awal Bacalah Anakku bernilai RM34
    1x set Buku Aktiviti Fonetik Ekspres bernilai RM10
    BONUS: 1x set kit mula belajar (water colour, krayon, playdoh, pensel, pemadam, stickers, button badge, bahan membuat carta poket mini) bernilai RM50
    BONUS: 1x poster Lagu Abu Ada Ayam bernilai RM3
    BONUS: 1x Carta Bunyi Bacalah Anakku bernilai RM3

    PAKEJ BASIC HANYA RM160
    8x sesi kelas online mastery bernilai RM160
    4x sesi kelas online pengenalan fonik bernilai RM100
    1x set Buku Aktiviti Fonetik Ekspres bernilai RM10
    BONUS: 1x set kit mula belajar (water colour, krayon, playdoh, pensel, pemadam, stickers, button badge, bahan membuat carta poket mini) bernilai RM50

    * Kelas Online Mastery adalah kelas one to one dengan tutor melalui aplikasi zoom, tiada rakaman

    ** Kelas Online Pengenalan Fonik adalah kelas secara berkumpulan melalui grup rahsia Facebook, mempunyai rakaman yang boleh diakses sepanjang hayat

    Cikgu Azleen adalah founder Kelas Membaca Online Whiztots, mempunyai pengalaman mengajar membaca selama 13 tahun, pernah berkhidmat sebagai Guru Pemulihan Khas dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan merupakan Certified Trainer Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku & Readeasy.

    Beliau telah membantu lebih 1000 orang kanak-kanak belajar membaca dengan kaedah ini. Beliau juga telah melatih lebih 3000 ibu bapa dan guru menggunakan kaedah ini untuk mengajar kanak-kanak membaca di rumah dan sekolah sejak tahun 2016.

    Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku telah dipercayai oleh lebih 10,000 ibu bapa sejak ia diperkenalkan pada tahun 1996 lagi.

    Offer tamat pada 7 November 2021, jam 12pm.

    Daftar sekarang dengan mengisikan borang dibawah selengkapnya:
    ezy.la/kelasbakwz
    ezy.la/kelasbakwz
    ezy.la/kelasbakwz

  • Tips Parenting

    ANAK BOLEH MENGEJA?

    SOALAN:
    Adakah kalau anak dah pandai membaca, adakah anak mudah untuk mengeja perkataan?

    JAWAPAN:
    Mengeja biasanya digunakan untuk melatih kemahiran menulis.

    Perlu diingatkan bahawa membaca dan menulis adalah dua kemahiran yang berbeza dan menggunakan fungsi otak yang berbeza.

    Justeru walaupun terdapat sebahagian anak yang boleh mengeja sendiri selepas dapat membaca, kebanyakan kanak-kanak perlu dilatih mengeja secara berasingan.

  • Buku & Bahan Bacaan - Tips Parenting

    Buku & Bahan Ajar Anak 4 Tahun Membaca

    SOALAN:

    Pada pendapat cikgu, utk anak usia 4 tahun perlu beli semua yg ada dlm senarai bukubak @perlu pilih yg mana shj?

    JAWAPAN:

    kalau bajet puan besar, beli semua. terus dari 4 tahun smpi pandai tulis cerita.

    tapi kalau bajet tak berapa besar, yang perlu ada

    – rancangan mengajar
    – buku permainan kreatif
    – siri cepat membaca bacalah anakku
    – buku aktiviti fonetik ekspres 1 & 2
    – siri bacaan awal bacalah anakku
    – poster abu ada ayam dan carta bunyi

    Untuk membeli buku dan bahan mengajar membaca BM menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku, boleh ke ezy.la/bukubak