• Kursus, Seminar, Bengkel

    Asyik Cerita Anak Dia Je!

    Aku dah tak sanggup nak marah!

    Salah sorang pelanggan tetap kami namanya Noni. Dulu dia selalu kena perli dengan kawan-kawan.

    Nak dijadikan cerita, Noni ni jenis kepala angin. Apa-apa yang orang cakap atau cadangkan, mesti dia tak setuju.

    Bagi Noni, hanya pendapat dia saja yang betul. Kawan-kawan dia pun dah naik muak nak bagi nasihat.

    Paling menyampah kalau cerita pasal anak, manjang je nak cerita hal anak Noni.

    Bukan apa, bukan dia sorang je ada anak. Lagipun dah tentulah semua anak-anak ni ada perangai masing-masing.

    Kawan-kawan Noni kata macam tu sebab:

    1. Anak Noni tak boleh nak duduk fokus belajar lama-lama.
    2. Pulak tu asyik nak main je, lompat sana lompat sini.
    3. Dah ajarkan ABC banyak kali pun, masih lagi tak kenal-kenal huruf.
    4. Asal Noni bukak buku je nangis macam kena pukul.

    Sampai satu masa, salah sorang kawan Noni ni dah tak tahan lagi. Dia terus bagitau Noni apa yang dah lama dia pendam.

    Kawan Noni bagitau ada satu kelas terbaik untuk ajarkan cara mengajar anak membaca. Dia tak sanggup dah nak dengar Noni komplen pasal anak dia.

    Kelas Online Intensif Fonik Whiztots antara kelas yang menawarkan servis terbaik untuk belajar membaca. Selain dari tu, banyak juga manfaat lain yang boleh dapat.

    1. Anak sanggup belajar lebih lama dan lebih kerap, siap merayu-rayu minta mak bacakan buku.
    2. Anak tak perlu nak kenal atau hafal ABC dulu, tak perlu nak buat latih tubi sampai berejam-rejam sehari.
    3. Anak cepat je boleh membaca dengan lancar

    Noni pun dah ada kesedaran dan dia dah termakan nasihat kawannya tu.

    Punya la degil si Noni ni sampai benda bagus pun dia tak nampak.

    Ramai bagitau Kelas Online Intensif Fonik Whiztots ni kelas yang terbaik di alam maya ni.

    Berpatutan dengan yuran dan kualiti yang peserta akan dapat. Tak rugi kalau join kelas ni.

    Rata-rata akan bagi feedback yang luar biasa.

    Bagus juga Noni dapat kesedaran masa Kelas Online Intensif Fonik Whiztots ni tengah adakan promosi. Boleh la Noni ajak sekali kawan-kawannya join kelas ini.

    1. PERCUMA sesi konsultansi bersama founder Whiztots, Cikgu Azleen selama 1 jam. Beliau akan asses pencapaian anak dan bantu tunjukkan cara paling cepat dan mudah nak ajar ikut kesesuaian dan mood anak. Sesi ni bernilai RM250 dan PERCUMA untuk 5 orang pertama yang join Kelas Online ni.
    2. Membership PERCUMA untuk Grup Rahsia Fonik360 kat FB. Dalam grup ini ada lebih 40 video contoh cara mengajar dan juga permainan yang boleh guna semasa nak ajar anak. Ianya bernilai RM180.
    3. PERCUMA 4 sesi Kelas Online WhiztotsZoom untuk anak berusia 5 tahun ke atas. Ianya bernilai RM100.

    Disebabkan terlalu ramai yang nak belajar cara mengajar anak membaca, dinasihatkan untuk daftar tempat sekarang.

    Cara lain ialah hanya klik link ini: ezy.la/intensifbak

    Jangan biar kawan megeluh hanya disebabkan tak tahu cara nak ajar anak membaca macam yang ditunjukkan dalam Kelas Online Intensif Fonik Whiztots.

    P.S.: Kelas ini untuk parents dan cikgu yang nak mengajar anak membaca sendiri tau, kalau nak Whiztots ajarkan anak kalian, terus whatsapp 0173329298.

  • Kursus, Seminar, Bengkel

    Kelas Online Intensif Kaedah Mengajar Fonik Bacalah Anakku Batch #1

    Kenapa kau buat aku macam ni?

    Dua bulan lepas, Mariam datang rumah kawannya. Tapi dia tak sangka kawannya sanggup buat macam tu. Memang dia terkedu bila dapat tau.

    Mariam ada bagitau yang dia betul-betul rasa kecewa. Mariam kecewa sebab selama ni kawannya simpan rahsia.

    Tak sangka betul sampai macam tu sekali perangai kawan Mariam.

    Sebenarnya kawan Mariam ni peserta Kelas Online Intensif Fonik Whiztots tapi tak sangka kawannya berahsia.

    Lepas bocor rahsia, kawan Mariam cerita:

    1. Anak sanggup belajar lebih lama dan lebih kerap, siap merayu-rayu minta mak bacakan buku.
    2. Anak tak perlu nak kenal atau hafal ABC dulu, tak perlu nak buat latih tubi sampai berejam-rejam sehari.
    3. Anak cepat je boleh membaca dengan lancar

    Terjawab segala rahsia kawan Mariam. Patutlah anak dia yang 4 tahun tu pun boleh je membaca. Rupa-rupanya dia join Kelas Online Intensif Fonik Whiztots.

    Kawan Mariam bukan taknak kongsi rahsia tapi takut Mariam sendiri yang terasa hati.

    Anak Mariam memang ada masalah belajar yang agak teruk. Boleh dikatakan anak Mariam tu:

    1. Tak boleh nak duduk fokus belajar lama-lama.
    2. Asyik nak main je, lompat sana lompat sini.
    3. Dah ajarkan ABC banyak kali pun, masih lagi tak kenal-kenal huruf.
    4. Bukak buku je nangis macam kena pukul.

    Ini la punca kenapa kawan Mariam tak kongsi rahsia. Taknak hati kawannya tu terasa.

    Memang anak kawan Mariam tu makin lama makin pandai. Ingatkan ada makan vitamin tapi rupanya cuma konsisten ajar anak cara yang ditunjukkan dalam Kelas Online Intensif Fonik Whiztots je.

    Mariam rasa dah tiba masa dia kena rajinkan diri untuk ajarkan anak dia setiap hari. Dia nak juga dipuji pandai ajar anak.

    Memang susah nak ajar anak membaca lancar kalau tak tahu cara yang betul. Tapi semua tak akan jadi kalau tak join Kelas Online Intensif Fonik Whiztots.

    Mujur la sekarang Kelas Online Intensif Fonik Whiztots tengah adakan tawaran untuk ibu bapa dan cikgu yang nak belajar cara mengajar membaca:

    1. PERCUMA sesi konsultansi bersama founder Whiztots, Cikgu Azleen selama 1 jam. Beliau akan asses pencapaian anak dan bantu tunjukkan cara paling cepat dan mudah nak ajar ikut kesesuaian dan mood anak. Sesi ni bernilai RM250 dan PERCUMA untuk 5 orang pertama yang join Kelas Online ni.
    2. Membership PERCUMA untuk Grup Rahsia Fonik360 kat FB. Dalam grup ini ada lebih 40 video contoh cara mengajar dan juga permainan yang boleh guna semasa nak ajar anak. Ianya bernilai RM180.
    3. PERCUMA 4 sesi Kelas Online WhiztotsZoom untuk anak berusia 5 tahun ke atas. Ianya bernilai RM100.

    Bukan biasa-biasa tawaran yang Whiztots ni buat. Yuran lebih berbaloi dari
    tempat lain.

    Kelas Online Intensif Fonik yang berikutnya akan diadakan pada 6-8 Oktober 2021, jam 8.15 malam melalui Zoom dan grup rahsia FB.

    Kalau kerja siang, malampun boleh join. Kelas pula dipecahkan kepada 3 hari supaya sambil belajar boleh praktis dan esoknya boleh pula tanya balik kat Cikgu Azleen kalau ianya tak menjadi.

    Ada pula rakaman yang boleh tonton ulang-ulang selama 7 hari kalau masih tak faham. Ada lagi grup support kat fb yang kekal selama fb wujud. Boleh tanya lagi kalau masih ada soalan.

    Untuk mendaftar Kelas Online Intensif Fonik Whiztots, klik saja ezy.la/intensifbak

    P.S.: Kelas ini untuk parents dan cikgu yang nak mengajar anak membaca sendiri tau, kalau nak Whiztots ajarkan anak kalian, terus whatsapp 0173329298.

  • Lain-lain

    READ ALOUD KEPADA KANAK-KANAK: KEPENTINGAN DAN KAEDAHNYA

    Read Aloud adalah teknik membacakan buku kepada anak-anak. Dengan cara yang betul, Read Aloud dapat membantu meningkatkan imaginasi kanak-kanak dan memupuk minat membaca dari awal kepada anak.

    Sertai kami dalam program Bual Bicara Fonik bersama
    ✅ Prof Madya Dr Abdul Halim Masnan, Pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak UPSI
    ✅ Puan Atikah Desa, Pengasas Faqeeha Reader Phonicsmart Langkawi
    untuk membincangkan topik Kebaikan Read Aloud Kepada Anak-anak serta Kaedah Melaksanakannya.

    Program akan berlangsung pada:
    Tarikh: 16 September 2021
    Hari: Khamis
    Masa: 11.30 pagi hingga 1 tengah hari

    Program akan dipancarkan secara langsung di grup Facebook Resepi Anak Pintar (https://www.facebook.com/groups/resipianakpintar)

    Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai program ini. PERCUMA!

    Tanda dalam kalendar anda sekarang!!

  • Kursus, Seminar, Bengkel

    Kelas Online Basic Fonik Bacalah Anakku Batch #4 Januari 2021

    LAST CALL! LAST CALL!!

    Dah lebih 100 peserta mendaftar untuk Kelas Online Basic Fonik Bacalah Anakku.

    Kelas akan berlangsung pada hari Khamis, 28 Jan 2021 dan Jumaat, 29 Januari 2021.

    Perlu hadir kedua-dua hari ya.

    Kelas akan dijalankan melalui Zoom dan juga streaming live ke grup FB rahsia.

    Sijil kehadiran akan diberikan kepada mereka yang melengkapkan kehadiran pada kedua-dua hari melalui zoom.

    Yuran:

    Early Bird RM50 (PENUH)
    Promo RM67 (DITUTUP)
    LAST CALL RM87 sahaja (sehingga 11.59 malam hari ini, 27 Januari 2019)
    Normal RM97 sahaja

    Daftar sekarang di:
    ezy.la/basicfonik
    ezy.la/basicfonik
    ezy.la/basicfonik

  • Tips Parenting

    Tips Membantu Anak Belajar Di Rumah

    Hari ni saya nak kongsikan tips untuk memudahkan ibu ayah membantu anak belajar di rumah.

    1. Tetapkan jadual waktu. Tandakan pada kalendar dan letak di tempat yang boleh dilihat oleh anak.

    Sebaiknya biarlah masa belajar tu lebih kurang sama setiap kali.

    1. Pastikan anak telah cukup tidur dan rehat.

    Waktu yang baik untuk anak tidur malam adalah tidak lewat dari 10 malam.

    Jika anak bangun awal pagi, ajak anak untuk tidur sekejap (nap) pada waktu tengah hari.

    1. Pastikan anak telah diberi makan dalam tempoh 1 jam sebelum mula belajar.

    Kanak-kanak cepat berasa lapar tetapi seringkali mereka tidak tahu bagaimana menyatakan bahawa mereka lapar.

    Mereka hanya tahu keadaannya tidak selesa dan mula meragam.

    1. Pastikan anak telah cukup bermain.

    Bermain akan membantu emosi kanak-kanak untuk lebih stabil dan puas hati.

    Bermain adalah cara hidup kanak-kanak, jadi berikan mereka peluang untuk bermain 2-3 jam setiap hari.

    Sebaiknya berikan mereka permainan yang bersifat fizikal seperti berlari, melompat, memanjat, berguling dan sebagainya.

    1. Ajak anak untuk bersenam setiap hari.

    Masukkan rutin senaman ringkas dalam hidup seharian. 30 minit sehari pun sudah cukup.

    Mak ayah kena buat sekali dengan anak tau.

    1. Sediakan ruang belajar yang khusus.

    Memadai dengan menyediakan meja dan kerusi yang bersesuaian dengan umur anak.

    Sekiranya tiada ruang dalam rumah, atau kekurangan bajet, boleh juga gunakan meja makan untuk belajar.

    Bersih dan kosongkan meja makan dari sebarang peralatan atau barangan tidak berkaitan semasa belajar.

    1. Beri rehat pendek-pendek semasa sesi belajar.

    Menurut pakar, masa seorang kanak-kanak boleh fokus adalah umurnya kali 3-5. Contohnya bagi kanak-kanak berusia 6 tahun, tempoh dia boleh fokus adalah 18 minit (6×3) hingga 30 minit (6×5) sahaja. Bahagikan 2 jika anak anda lelaki hihi.

    Susun aktiviti belajar supaya berada dalam lingkungan masa ini sahaja.

    Berikan break time 10-15 minit selepas masa belajar ini untuk anak melakukan aktiviti bebasnya sendiri.

    1. Selang selikan aktiviti pasif dan aktif untuk mengelakkan anak berasa cepat bosan.

    Aktiviti pasif adalah aktiviti yang anak hanya melihat sahaja seperti menonton rakaman video yang dihantar oleh guru.

    Aktiviti aktif pula adalah aktiviti yang memerlukan anak bergerak seperti menguli doh, menulis, mewarna, mencari barang dan sebagainya.

    1. Sediakan snek ringan untuk anak dan berikan dia makan sekurang-kurangnya setiap 2-3 jam sekali.

    Antara pilihan snek yang bagus adalah buah-buahan dan kekacang.

    1. Berikan pujian dan ganjaran untuk usaha anak melakukan aktiviti. Tidak terhad semata-mata kepada hasil aktiviti dilakukan.

    Cukuplah 10 tips ini. Harapnya membantu kalian yang masih lagi struggle nak mengajak anak belajar kat rumah sepanjang musim pkp ni ya.

    Nor Azleen Abd Rahim

    konsultanparenting

    kelasmembacaonline

  • Tips Parenting

    Tips Membina Ruang Belajar Untuk Anak

    Hari ini saya nak kongsikan 9 tips bagaimana menyediakan ruang belajar yang kondusif untuk anak.

    Ruang yang baik membolehkan anak menyiapkan kerja rumah dengan lebih baik, cepat dan selesa.

    Ikuti tips berikut untuk menyediakan ruang belajar yang sesuai untuk anak anda:

    Tips 1 – Tentukan mood

    Adakah anak anda suka bersendirian atau dia memerlukan aktiviti untuk lebih fokus?

    Untuk anak yang menyendiri, sediakan ruang belajarnya di dalam bilik atau di sudut-sudut terpencil dalam rumah.

    Untuk anak yang sukakan suasana sibuk dan sering memerlukan anda semasa membuat kerja sekolah, sediakan ruang belajar di dapur atau ruang keluarga.

    Tips 2 – Ruang hendaklah kondusif tetapi tidak terlalu selesa

    Pilih spot yang membantu anak tenang, fokus dan alert.

    Anak mungkin suka membaca di atas katil, tetapi sekiranya dia tertidur semasa membaca, kerjanya tidak akan siap.

    Justeru, sofa kecil adalah lebih sesuai.

    Tips 3 – Jadikan ianya ergonomik

    Ruang kerja untuk anak sepatutnya sesuai dengan ketinggiannya.

    Jika dia duduk, pastikan dia boleh meletakkan sikunya di atas meja tanpa menjengketkan bahunya.

    Anak juga boleh meletakkan kakinya diatas lantai.

    Sekiranya kerusi anak tidak sesuai dengan ketinggiannya, benarkan dia duduk diatas bantal atau letakkan kotak kasut di kakinya.

    Letakkan juga bantal kecil ataupun gulungan selimut dibelakangnya untuk mengelakkan penat belakang.

    Jika anak menggunakan komputer, letakkan skrin antara 18 ke 30 inci jauh.

    Tips 4 – Cahaya mencukupi

    Anak akan cepat letih sekiranya dia perlu mendekatkan mukanya ke buku atau sukar melihat apa yang ditulis.

    Cuba gabungkan penggunaan lampu tinggi bersama dengan lampu membaca yang boleh dihalakan ke buku atau skrin komputer.

    Tips 5 – Sediakan ruang untuk dia menulis. Sekiranya dia ada komputer, susunaturkan agar dia juga ada ruang menulis,

    Tips 6 – Pastikan barang keperluan belajarnya mencukupi.

    Apakah barang yang anak selalu gunakan. Gunting? Kertas?

    Simpan semua bekalan ini di satu ruang supaya anak boleh mencapainya dengan mudah.

    Berikan anak kalendar, senarai to-do atau planner supaya dia selalu tahu apa yang perlu dia lakukan pada bila masa.

    Tips 7 – Susunkannya.

    Gunakan kotak, laci atau organiser untuk menyusun barangnya.

    Gantungkan papan kenyataan atau kalendar dinding sebagai ingatan.

    Tips 8 – Hiaskannya.

    Berikan anak kebenaran untuk menghias ruang belajar dengan poster, gambar, hasil seni atau apa saja yang dimahukannya.

    Oleh kerana dia akan habiskan masanya di situ, biar dia nikmatinya.

    Tips 9 – Tutupkan gajet dan tv.

    Sebarang bunyi yang boleh menarik perhatiannya lebih daripada bukunya adalah gangguan.

    Gunakan muzik ringan ataupun kesunyian sahaja semasa anak belajar.

    Semoga tips ini dapat membantu anak kalian belajar dengan lebih seronok dan fokus.

    Selamat mencuba!

    Nor Azleen Abd Rahim

    certifiedtrainer

    parentingtalk

    kelasmembacaonline

  • Tips Parenting

    Jadual Waktu Belajar Maya Sepatutnya Lebih Pendek Dari Hari Persekolahan Biasa

    Kanak-kanak tidak perlu menghabiskan masa sehingga 8 jam sehari membuat kerja sekolah.

    Jadual belajar secara maya tidak sama dengan jadual sekolah tradisional. Jadual belajar secara maya tidak sama dengan jadual sekolah tradisional.

    Kita akan terus mengulang ayat ini sehingga semua orang faham, boleh?

    Seriuslah, takkanlah kita nak kanak-kanak belajar online dan offline sehingga 8 jam sehari sepanjang pandemik Covid19 ini.

    Ini sebabnya:

    Satu, tahap pembelajaran jarak jauh adalah berbeza.

    Sebenarnya tak payah nak cakap banyakpun, kita dah tahu bahawa struktur persekolahan normal sekarang ni dah berbeza sebab kanak-kanak mula belajar di rumah.

    Mereka tak ada waktu rehat, perhimpunan ataupun acara-acara istimewa. Mereka tak perlu nak berjalan ke perpustakaan, kantin, makmal sains ataupun ke padang.

    Semua ini sebenarnya meliputi waktu persekolahan normal dan tidak termasuk dalam pembelajaran maya.

    Bukanlah bermaksud yang jadual sekolah tradisional dipenuhi dengan aktiviti huha huha, kanak-kanak menerima banyak arahan dan panduan dari guru dalam kelas yang mereka tidak dapat sekarang.

    Tetapi dari sudut jumlah jam dan masa tidak bersesuaian dengan suasana belajar di rumah.

    Dua, kanak-kanak perlu kurangkan masa membuat kerja rumah.

    Cadangan masa belajar bersesuaian mengikut umur:

    Prasekolah dan tahap 1 sekolah rendah: 1-2 jam sehari
    Tahap 2 sekolah rendah: 2-3 jam sehari
    Sekolah menengah: 3-4 jam sehari

    Galakkan sekurang-kurangnya 1 jam masa bermain di luar rumah, patuhi SOP.

    Sememangnya sukar mendapatkan keseimbangan antara sesi kelas sebenar dengan guru dan aktiviti serta projek kendiri.

    Tiga, oleh kerana keadaan yang luar biasa ini, kita mungkin perlu rendahkan sedikit standard kita.

    Realitinya kehidupan agak berat buat semua orang, termasuk kanak-kanak.

    Mereka mungkin tidak mempunyai teknologi yang diperlukan.

    Mereka mungkin perlu menjaga adik-adik.

    Mereka mungkin tidak mendapat sokongan dari ibu bapa yang mungkin juga sedang sibuk bekerja dari rumah.

    Dalam keadaan sebegini, cubaan meniru jadual persekolahan tradisional adalah mustahil.

    Dan yang keempat serta paling penting, kita patut hargai semua jenis pembelajaran yang kanak-kanak lakukan.

    Seorang kanak-kanak yang melakukan kerja sekolahnya selama 1-2 jam sehari bukan bermakna dia hanya belajar 1-2 jam itu sahaja.

    Kanak-kanak belajar melalui bermain.

    Mereka belajar melalui komunikasi dengan ahli keluarganya.

    Mereka belajar melalui memasak.

    Dan mereka juga belajar dengan banyaknya hanya denga berusaha hidup melalui pandemik global ini.

    Inilah masanya untuk kita menghargai semua pengalaman ini, kurangkan tekanan terhadap diri sendiri dan berhenti mencuba meniru susun atur sekolah.

    Kita belajar dengan cara yang berbeza sekarang ni, dan itu adalah OK.

    Nor Azleen Abd Rahim

    parenting

    homeschooler

  • Emas, Simpanan & Kewangan

    Jual Beli Emas Di Public Gold

    Memang sejak jadi cikgu 2008 lagi dah terbuka pintu hati untuk menyimpan dalam bentuk emas.

    Cuma masa tu kurang ilmu, jadi saya menyimpan barang kemas. Kebanyakannya adalah cincin.

    Setiap bulan saya peruntukkan minimum RM500 dari gaji untuk membeli barang kemas.Dan setiap barang kemas dibeli tidak melebihi RM1000.

    Kononnya masa itu fahaman saya adalah mudah untuk dijual sekiranya terdesak nak gunakan wang tunai.

    Hari ini saya tukarkan sebahagian dari barang kemas 916 tersebut ke akaun GAP emas 999 Public Gold.

    Asalnya nak ambil cash dan buat belian. Tapi rupanya harga lebih tinggi jika saya terus masukkan ke akaun.

    Harga hari ini jika menjual emas 916, adalah RM216/ gram. Jika terus masukkan ke GAP, harganya jadi RM220/ gram.

    Mudah sahaja urusannya.

    1. Bawa barang kemas yang hendak dijual ke cawangan Public Gold.

    2. Staff Public Gold akan memeriksa dan menyemak ketulenan barang emas tersebut.

    Awas tau, tempoh hari ada 1 barang kemas saya yang asalnya dibeli dengan andaian 916, tetapi disebabkan tiada ilmu waktu membeli dahulu, bila hendak dijual begini didapati ianya 850 sahaja.

    3. Barang kemas itu akan ditimbang. Mereka siap tutup ekon waktu menimbang bagi memastikan ianya adil dan tidak ditiup angin.

    4. Jika mereka rajin (kurang customer), mereka akan terus memotong barang kemas tersebut.

    Waktu ni memang rasa nak menangis. Tapi mengenangkan telah lebih 10 tahun, untungnya sudah ada. Takpelah.

    5. Kalau memilih untuk cash, wang akan dimasukkan ke dalam akaun dalam 3 hari bekerja.

    Pengalaman saya mereka masukkan dalam masa 24 jam sahaja.

    Tapi hari ini saya memilih untuk terus masukkan ke dalam akaun GAP.

    Dah siap. Boleh senyum-senyum balik rumah.

    Oh ya, emas dalam akaun GAP tu kita boleh jual atau gadaikan juga tau.

    Nor Azleen Abd Rahim
    #dealerpublicgold yang mengajar membaca

  • Aktiviti & Permainan Kreatif - Kelas Membaca

    Tips Ajar Baca #13

    Ingat lagi tip#11, iaitu menyediakan Bank Perkataan.

    Untuk tip#13 kali ini, pastikan anda mengulangkaji dari masa ke masa perkataan-perkataan dalam bank bagi menyemak adakah anak masih boleh membacanya.

    Jika tidak, jangan khuatir.

    Teruskan mengajarkan anak membaca tanpa putus asa.

    Semua anak boleh membaca mengikut keupayaan mereka sendiri.