Personal Coaching

Setakat hari ini, apa yang telah anda lakukan untuk membantu anak belajar membaca? Adakah anda  telah menggunakan segala teknik bagi membolehkan anak membaca? Adakah anda tahu kaedah terbaik untuk mengajar anak membaca?

Ramai yang belajar cara mengajar membaca melalui Google sahaja, yang menyebabkan anda lebih banyak STRESS dari berjaya mengajar anak membaca? Kalau berterusan macam ni, hasrat anda nak memastikan anak boleh membaca sebelum usia persekolahan boleh TERKUBUR tau!

BOLEH BERITAHU SERBA SEDIKIT PASAL PERSONAL COACHING?

[] Ia diadakan secara tertutup dan bersifat personal. 

[] Boleh pilih sama ada nak secara individu atau berkumpulan. 

[] Individu (seorang), harganya RM90/jam. Berkumpulan (maksima 3 orang), harganya RM180/jam. Biasanya sesi mengambil masa antara 2 ke 3 jam. Lebih banyak soalan ditanya, lebih lama.

[] Akan dapat nota, rancangan mengajar mengikut umur anak dan bahan bantu belajar mana yang sempat buat pada hari tersebut. Contohnya carta poket mini, kad bunyi (jika tiada buku Bacalah Anakku) dan trek lumba.

[] Sesi akan bermula dari sebut bunyi, asosiasi aksi dan menyanyi lagu fonik. Diikuti dengan teknik mengajar fonik gabung bunyi, aktiviti dan permainan kreatif. Seterusnya rancangan pengajaran mengikut umur anak dan diakhiri dengan bengkel membuat bahan bantu belajar.

[] Proses dapatkan tempat: Selepas buat bayaran deposit sebanyak RM90, saya dan team akan beri beberapa pilihan tarikh untuk kalian pilih.

[] Ia setakat ini diadakan di Whiztots Cepat Membaca, Taman Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang. Jika mahu saya ke tempat kalian, 100% kos adalah di bawah kalian.

[] Dapat add friend saya selepas itu dan saya akan bantu kalian mengajar anak membaca dengan betul. Ada juga group whatsapps untuk bertanya dan berkongsi tentang fonik gabung bunyi.

[] Khusus untuk ibu bapa yang ingin mengajar anak sendiri sahaja. Bukan untuk membuka kelas cepat membaca/ pusat tuisyen/ home tuition. Bukan juga untuk guru sekolah yang nak mengajar di kelas.

[] Diskaun 10 peratus untuk pembelian produk readnetwork.

Untuk membuat tempahan sesi Personal Coaching, sila lengkapkan borang di bawah. Kami akan menghubungi anda secepat mungkin.

Tandakan program yang anda perlukan (wajib)
Bacalah Anakku (Bahasa Malaysia)ReadEasy (Bahasa Inggeris)

Nama anak hendak diajar (wajib)

Tarikh lahir anak hendak diajar (yyyy-mm-dd)