Aktiviti Mengingat Bentuk Huruf Dengan Playdoh

Assalam,

Ini adalah satu lagi aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengukuhkan ingatan anak terhadap bentuk huruf bunyi yang diajar.

Gunakan play-doh untuk membuat bentuk huruf tersebut.

Bagi anak yang boleh visualisasi bentuk huruf, biarkan mereka buat secara bebas.

Jika sukar, berikan panduan kad huruf.

Jika anak tidak dapat membuat dengan melihat kad tersebut, biarkan mereka menyurih bentuk huruf di atas kad.

Selamat belajar satu bunyi.

Dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy yang sangat suka homeschooling dan mengajar anak-anak membaca dengan kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku.

Aktiviti Asosiasi Aksi Untuk Mengingat Bunyi

Assalam,

Seringkali kalau ajar bunyi sahaja dan paksa anak ingat bunyi tersebut agak membosankan dan memberi tekanan.

Ini kerana kajian menunjukkan bahawa seseorang lebih mengingati sesuatu perkara apabila ia memberikan efek emosi ke atasnya.

Maka, pembelajaran haruslah dibuatkan menarik dan menyeronokkan.

Salah satu teknik untuk membolehkan anak rasa seronok sewaktu belajar satu bunyi adalah dengan mengaitkan (asosiasi) bunyi tersebut dengan sesuatu aksi yang relevan.

Contohnya dalam video ini, kami kaitkan bunyi /u/ dengan ulat yang berjalan di pokok.

Lebih menarik lagi, kerana di hujung dahan pokok, ulat menggeletek pokok.

Terkekeh-kekeh anak ketawa. Bahkan semua mahu bergilir-gilir menjadi pokok dan ulat.

Bila seronok begini, anda rasa anak boleh ingat tak bunyi /u/?

Sekian dahulu dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy, yang mempunyai minat mendalam tentang homeschooling dan mengajar kelas cepat membaca kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku.

Layan video ni..

Aktiviti Untuk Mengingat Bentuk Bunyi

Assalamualaikum,

Untuk membolehkan anak menjadi independent readers, anak perlu mengingat bentuk huruf yang diajar.

Salah satu aktiviti yang boleh digunakan untuk mengukuhkan ingatan anak terhadap bentuk huruf diajar adalah membuat finger-painting.

Sebelum memulakan finger-painting, minta anak menyurih huruf tersebut menggunakan jari kosong pada frame huruf yang disediakan.

Apabila anak sudah agak advance, berikan kertas kosong untuk anak menulis huruf secara bebas.

Sekian sahaja, dari saya Cikgu Azleen yang sangat berminat dengan dunia homeschooling dan mengajar anak membaca dengan kaedah fonik gabung bunyi, Bacalah Anakku.